Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentRita Rudaini Komen Isu Guru Tunjal Kepala Murid Dalam Majlis Sekolah-“Seorang Pendidik...

    Rita Rudaini Komen Isu Guru Tunjal Kepala Murid Dalam Majlis Sekolah-“Seorang Pendidik Tak Akan Malukan…”

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Baru-baru ini, satu rakaman video di media sosial telah menjadi viral yang menunjukkan seorang guru sedang memarahi dan melempang murid di depan orang ramai semasa perhimpunan.

    Video viral itu turut mendapat respons daripada pelakon, Rita Rudaini menerusi Insta Stories, yang berpendapat seorang pendidik tidak sepatutnya memalukan dan menjatuhkan keyakinan diri seorang murid di hadapan orang ramai.

    “Rata-rata komen mesti nak bandingkan cikgu dahulu dan cikgu sekarang. Tak boleh. Pada saya, satu je, seorang pendidik tidak akan memalukan dan menjatuhkan keyakinan diri seorang murid di hadapan ramai. Bagaimana pun perangainya murid itu, bukan begitu caranya.

    Apa yang budak itu dapat dari guru itu adalah hanya ‘malu, kehilangan keyakinan, dan semangat diri dan lebih kepada dendam’.

    Nak tegur atau bagi pengajaran, bukannya memalukan seorang budak yang belum matang di hadapan ramai.”-tulis Rita di Insta Stories

    KPM Jalankan Siasatan

    Dipetik dari laporan Harian Metro, Kementerian Pendidikan (KPM) mengambil perhatian dan kini sedang menjalankan siasatan terhadap video yang sedang menjadi viral di media sosial itu.

    “Siasatan sedang dijalankan bagi memastikan isu ini dapat diselesaikan segera.”-Kata KPM kepada Harian Metro

    Baru-baru ini, satu video telah menjadi viral yang menunjukkan seorang guru menampar murid ketika berada di atas pentas.

    Difahamkan tindakan tersebut adalah atas kesalahan tidak berdiri tegak ketika perhimpunan sedang diadakan.

    Video viral tersebut dirakam oleh seorang guru yang tidak bersetuju dengan tindakan dan kaedah pentadbiran sekolah rendah berkenaan.

    Apa pandangan anda? Adakah anda bersetuju dengan tindakan guru tersebut yang memukul kepala murid hanya kerana tidak berdiri tegak ketika perhimpunan berlangsung?

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts