Baru-baru ini, tular satu program realiti yang dianjurkan oleh seorang pempengaruh media sosial yang menempatkan peserta lelaki dan perempuan di bawah satu bumbung menimbulkan kecaman orang ramai sehingga program berkenaan terpaksa ditamatkan serta-merta.
Tiru Cara Program Realiti Barat
Isu berkenaan turut mendapat respon oleh pelakon, Rita Rudaini menerusi hantaran di Insta Stories yang mempersoalkan tindakan pihak terlibat yang disifatkan mahu meniru program realiti barat yang majoritinya bukan Islam.
“Buat program nak tiru Barat, sedar diri sikit dik, diorang bukan Islam tak apa lah duduk satu rumah.
Yang mak bapa pun, hantar anak kat program macam tu, ada apa dalam kepala otak mereka?.”-Soal Rita
“Nak Jadi Influencer Pun Kena Cerdik…”
Tambahnya lagi, pempengaruh dan para ibu bapa seharusnya semakin cerdik seiring dengan perkembangan teknologi yang semakin canggih dan maju, dan bukanlah sebaliknya.
“‘Teladan celah mana?. Nak jadi influencer pun kena cerdik. Nak jadi mak bapak pun kena cerdik. Bukan senang oi nak jadi mak bapak.
Patut makin canggih teknologi dengan media sosial bagai, patut makin cerdik dan maju lah. Ni dah serupa orang zaman paleolitik dah dalam rumah tu.”-tegas Rita lagi
Pempengaruh terkenal, baru-baru ini mendedahkan bahawa para pekerjanya yang mengendalikan projek berkenaan kini kehilangan pekerjaan setelah terpaksa menghentikan penggambaran program realiti tersebut serta merta.
Dalam pada itu, pempengaruh ini turut memohon doa orang ramai untuk menitipkan doa buat mereka agar dapat melancarkan projek baharu dengan lebih cepat.
Apa komen anda?