Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentRita Rudaini Pesan Ibu Bapa Perlu Jadi Pendengar Yang Baik, Sentiasa Berkomunikasi...

    Rita Rudaini Pesan Ibu Bapa Perlu Jadi Pendengar Yang Baik, Sentiasa Berkomunikasi Dengan Anak – ‘Ambil Pengajaran Kisah Arwah Zulfarhan’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Pelakon Rita Rudaini berpesan kepada ibu bapa untuk sentiasa mengambil berat tentang anak-anak terutama yang bersekolah di asrama penuh.

    Artikel berkaitan: Rita Rudaini Tegur Tindakan Individu ‘Tunggang’ Agama Untuk Tutup Salah – ‘Tiba Tiba Buat Doa Selamat, Post Quote Suci’

    Artikel berkaitan: Rita Rudaini ‘Sekolahkan’ Podcast Kisah Budak Asrama, Hairan Topik Letak Racun Dalam Makanan Dibuat Main?

    Jadi pendengar yang baik

    Menerusi hantaran di Instagram Story, Rita berkata, perkara yang berlaku kepada anak-anak di sekolah perlu diberi perhatian supaya tindakan susulan boleh diambil dengan segera.

    Ibu bapa, adik-adik semua termasuk saya jom kita ambil pengajaran dari kisah arwah Zulfarhan. Jangan ambil mudah atau takut laporkan. Kalau tak nak laporkan kepada cikgu atau pengurusan, berceritalah kepada ahli keluarga.

    Benda yang salah tetap salah. Dari benda kecil boleh jadi besar. Dan kepada ibu bapa pula, bila anak-anak mengadu tu jadi pendengar yang baik. Tapi ada ibu bapa yang kata kat anak ‘kau ni kena sikit pun tak tahan, adat lah duduk asrama bla..bla’.

    Dalam pada itu, Rita hairan apabila ada ibu bapa yang merasakan tindakan menghubungi dan berkomunikasi setiap hari dengan anaknya sebagai perkara yang pelik.

    Ada ibu bapa yang macam pelik bila kita cakap anak kita setiap hari call. Pelik bagi mereka. Mula lah kecam, tak bagi berdikari lah, manja kan lah. Eh hello, memang bonding anak-anak dengan orang tua itu lah.

    Takkan nak tunggu ada benda penting je baru nak call? Apa yang pelik sangat, bukankah elok bersembang dengan ibu bapa setiap hari? Menyantuni ibu bapa walau di mana pun korang.

    ‘Ada ibu bapa pulak ibu bapa yang jenis ‘anak i seminggu tak call, okay lah tu’ bangga nak tunjuk dekat orang anak dia terpaling berdikari. Semua nak serah dekat sekolah urus. Macam pergi letak anak dekat situ lepaskan tanggungjawab.

    Kata Rita, ibu bapa sepatutnya menggunakan pengalaman mereka sebagai rujukan anak-anak untuk menjalani kehidupan mereka.

    Wahai ibu bapa, tanggungjawab kita mendidik takkan pernah habis ya. Selalukah berkomunikasi dengan anak-anak anda? Mereka masih muda, belum ada pengalaman. Kita pernah ada di umur mereka. Gunakanlah pengalaman-pengalaman pahit manis yang kita lalui dulu untuk mereka jadikan penanda arah.

    ALSO READ:  Misha Omar Bukan Penyanyi Wanita Kelantan Ditahan Di Golok – ‘Itu Bukan Saya, Jangan Risau Okay’

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts