Pelakon Rita Rudaini menegur tindakan segelintir individu yang menggunakan agama untuk menutup kesalahan yang sudah dilakukan.
‘Nak cover salah’
Menerusi hantaran di Instagram Story, Rita beranggapan tindakan tersebut hanya sia-sia dengan tujuan mahu menenangkan hati dan kepuasan sendiri.
Kadang-kadang nak cover malu dan nak cover salah, mulalah nak explain panjang-panjang. Contoh, yang tiba-tiba teringat nak buat doa selamat. Tiba-tiba teringat nak berbakti pada anak yatim.
Mungkin boleh nampak baik, suci dan murni. Mungkin? Mulalah ‘menunggang’ apa saja yang boleh ditunggang.
Hati meronta-ronta nak buat live nak posting quote suci dan macam-macam. Benda itu semua nak sedapkan dan puaskan hati sendiri.
Menerusi perkongsian sama, Rita menasihati individu yang sudah melakukan kesalahan agar lebih baik berdiam diri supaya tidak timbul sebarang isu lain.
Dik, memang susah kita nak puaskan hati orang dan tak perlu pun. Jadi, lebih baik diam supaya tak ada timbul isu baru yang boleh buat orang marah, annoying, salah faham or apa-apa ajalah.