Nama isteri kepada penyanyi Iaitu Aliff Aziz iaitu Bella Astillah mengejutkan netizen selepas tampil membuat pendedahan mengenai kecurangan suaminya sebelum ini yang berlaku sebanyak 11 kali serta mendakwa mempunyai bukti rakaman perbualan tak senonoh Aliff dan Ruhainies di dalam kereta melalui alat perakam suara yang diletakkan di dalam kereta.
“Nikmati Hidup Awak Dengan Anak-Anak..”
Pendedahan mengejutkan oleh Bella kepada media tempatan itu turut mendapat respon oleh pelakon, Rita Rudaini menerusi hantaran di Insta Stories, meminta agar Bella Astillah melangkah ke hadapan dan menikmati hidup bersama anak-anak.
“Bella, jalan terus, yakinlah Allah ada dengan awak. Orang yang dikejar bayang-bayang ni memang akan cuba sedaya upaya sehabis mungkin untuk membuat macam-macam cerita. Takkan habis. Sebab bayang-bayang tu akan kejar diorang sampai kiamat.
Chill je Bella, nikmati hidup awak dengan anak-anak. Jaga amanah Allah sehabis baik. Tak payah risau tak ada pasangan untuk jaga kita hingga tua kerana kita ada yang lebih Hebat yang sentiasa menjaga kita sampai bila-bila iaitu Allah yang Maha Pengasih.”-tulis Rita buat Bella
Tak Layak Berada Dalam Keluarga Yang ‘Toksik’
Dalam pada itu, Rita turut menitipkan nasihat agar pelakon berusia 30 tahun ini keluar sahaja dari keluarga yang toksik selepas Bella mendedahkan sikap sebenar ibu mentuanya itu.
“Family toxic ni memang ada. Dah la Bella, awak tak layak duduk dalam family toksik. Syukur Alhamdulillah, semua ni petunjuk dari Allah sebab Allah sayang awak.-tulis Rita lagi
Adakah semakin banyak perkara yang akan terbongkar? Apa komen anda?