Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Wednesday, November 27, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentRizky Febian Dan Mahalini Perlu Nikah Semula, Pernikahan Terdahulu Diisytihar Tidak Sah...

    Rizky Febian Dan Mahalini Perlu Nikah Semula, Pernikahan Terdahulu Diisytihar Tidak Sah Hukum Syariah

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Pasangan sensasi Indonesia, Rizky Febian dan Mahalini Raharja, baru-baru ini mendapat berita yang agak mengejutkan. Mahkamah Syariah Jakarta Selatan memutuskan bahawa perkahwinan mereka yang berlangsung pada bulan Mei lalu tidak sah menurut hukum syariah.

    Pasangan yang dianggap sweet couple dan sentiasa menjadi perhatian ini diminta untuk ‘bernikah semula’. Tak boleh bayang kan, selepas majlis yang penuh dengan glamor, mereka terpaksa mengulang akad nikah. Siapa sangka, pernikahan yang kelihatan sempurna itu rupanya tak memenuhi piawaian undang-undang dan agama!

    Kenapa jadi macam ini? Ternyata, ada beberapa masalah teknikal dalam majlis pernikahan mereka. Salah satu rukun nikah yang tak dipenuhi adalah pelantikan wali nikah yang tak sah atau wali hakim.

    Kalau anda masih tercari-cari apa maksudnya, mari kita terangkan. Menurut undang-undang Indonesia, jika pengantin perempuan tidak mempunyai wali yang sah, pernikahan tersebut mesti dilaksanakan dengan bantuan wali hakim.

    Bagi Mahalini, yang baru sahaja memeluk Islam sebelum pernikahan, masalahnya adalah wali nikah yang menggantikan tempat orang tuanya, yang tidak beragama Islam, dianggap tidak sah.

    Mahalini, yang sebelum ini beragama Hindu, memilih untuk memeluk Islam sebelum berkahwin dengan Rizky. Tetapi, apakan daya, wali nikah yang sah dalam agama Islam mesti datang daripada keluarga terdekat yang beragama Islam, dan memandangkan keluarganya bukan Muslim, maka dia perlu diwakili oleh wali hakim yang dilantik oleh pihak berkuasa agama. Jadi, disebabkan hal inilah, pernikahan mereka dikira tidak sah.

    Jadi, Rizky dan Mahalini perlu mengulangi akad nikah mereka mengikut prosedur yang betul. Mereka juga disarankan untuk menguruskan sendiri dokumentasi perkahwinan mereka, termasuk memilih wali dan saksi yang betul.

    ALSO READ:  Fazura Fail Cerai Sehari Sebelum Birthday Fattah Amin, Namun Ucapan Anak Mereka Fatimah Undang Sebak

    Begitu banyak prosedur yang perlu diikuti, dan rupanya, perkara-perkara kecil macam ini boleh mengundang masalah besar!

    Sebenarnya, Mahkamah Agama Jakarta Selatan menyatakan bahawa kesilapan ini berlaku lebih kerana kurangnya kesedaran mengenai prosedur yang betul di pihak kedua-dua belah pihak. Mereka menekankan bahawa Rizky dan Mahalini tidak perlu dipersalahkan sepenuhnya, kerana ini mungkin hanya sebuah salah faham.

    Namun, jika pasangan ini memilih untuk tidak merayu keputusan ini, mereka perlu mengulangi pernikahan mereka agar sah dari segi undang-undang.

    Buat Rizky dan Mahalini, ini mungkin cabaran baru dalam perjalanan rumah tangga mereka. Tetapi, dengan segala sokongan yang mereka terima dari peminat, rasanya mereka akan melalui semua ini dengan senyuman, dan siapa tahu, mungkin pernikahan kedua mereka akan lebih meriah dari yang pertama.

    Puteri Alia
    Puteri Alia
    Mencari ada apa di sebalik KISAH dunia & lokal.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts