Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentRizman Ruzaini Mengumumkan Bahawa Tiada Lagi Koleksi Raya RR, Menumpukan Perhatian Kepada...

    Rizman Ruzaini Mengumumkan Bahawa Tiada Lagi Koleksi Raya RR, Menumpukan Perhatian Kepada Pasaran Antarabangsa

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    RR-25RR-25

    Setelah empat tahun memeriahkan fesyen Raya tempatan dengan koleksi sempena Syawal untuk para pelanggannya, jenama fesyen lokal terkemuka, Rizman Ruzaini akhirnya mengumumkan bahawa Koleksi Raya RR 2024 adalah koleksi terakhir buat jenama itu di bawah label RR by Rizman Ruzaini. 

    Sasaran luar negara

    rizman ruzaini koleksri raya 24rizman ruzaini koleksri raya 24

    Menurut Rizman, keputusan itu dibuat memandangkan selepas ini mereka akan memfokuskan sepenuh komitmen kepada label Rizman Ruzaini di mana akan meluaskan jenamanya ke pasaran antarabangsa.

    Justeru, kata Rizman, inilah masa keemasan untuk peminat RR Royalties khususnya mendapatkan koleksi Raya RR 2024.

    Rentetan daripada kejayaan kami ketika menyertai Dubai Fashion Week tahun lalu, dari situ nama Rizman Ruzaini mula menjadi sebutan. Rekaan kami kian mendapat tempat di pasaran timur tengah.

    Ia agak menyentuh hati untuk memberitahu perkara ini tapi inilah langkah terbaik jika kami mahu jenama Rizman Ruzaini terus meneroka pasaran yang lebih luas sambil membawa nama Malaysia di pentas dunia.

    Kami seru kepada semua RR Royalties untuk cepat-cepat dapatkan koleksi raya ini, jadikan ia kenangan paling manis sebagai baju raya anda tahun ini.

    rizman ruzaini koleksri raya 2024 2rizman ruzaini koleksri raya 2024 2

    Bukan itu saja, Rizman Ruzaini juga dalam senarai jemputan untuk mengadakan pertunjukan di Paris Fashion Week dan beberapa selebriti antarabangsa dikhabarkan bakal menggayakan helaian Rizman Ruzaini.

    Justeru, cabang tugasan yang lebih mencabar sudah dijangkakan dan mereka terpaksa memberi keutamaan kepada pasaran global setelah hampir dua dekad memeriahkan pasaran domestik. 

    Rizman berkata demikian ketika Acara Meet & Greet yang dibuka kepada semua pelanggan yang datang membeli-belah di Rumah Tangsi, Kuala Lumpur, pada Sabtu.

    Mereka berpeluang bersuai-kenal bersama pemilik jenama Rizman Ruzaini iaitu Rizman Nordin dan Ruzaini Jamil di samping beramah-mesra dengan muses koleksi Raya RR 2024, Rozita Che Wan dan Idris Khan. Turut mengadakan persembahan istimewa ialah Liza Hanim dan kumpulan De Fam. 

    ALSO READ:  [VIDEO] Syatilla Melvin Kongsi Detik Cemas, Anak Saudara ‘Hilang’ Di Pusat Beli-Belah – ‘Masa Buat Konten Pun Tak Perasan Dia Tak Ada’

    Kolaborasi hebat

    rizman ruzaini koleksri raya 2024rizman ruzaini koleksri raya 2024

    Dalam pada itu, lebih istimewa lagi, acara ini juga adalah untuk meraikan ejen-ejen daripada jenama makanan terkenal, Mamasab yang buat pertama kalinya menjadi ejen rasmi Koleksi Raya RR 2024.

    Kami amat menghargai kolaborasi yang diadakan bersama Mamasab ini kerana ia memberi kelainan buat jenama itu apabila dua jenama lokal berbeza industri bergabung sempena Syawal tahun ini. 

    Pihak Rizman Ruzaini juga turut berinfak untuk 100 pek makanan yang diedarkan kepada semua tetamu yang datang ke Rumah Tangsi. Ini adalah salah satu sumbangan kecil mereka dalam merai dan menghargai pelanggan mereka di samping mengimarahkan lagi bulan Ramadan yang mulia. 

    Eksklusif sepanjang 30 hari Rumah Raya Rizman Ruzaini berlangsung, mereka menawarkan promosi istimewa kepada pemegang kad Malayan Banking Berhad (Maybank) yang membeli koleksi mereka di sana.

    Untuk pemegang kad kredit Maybank yang berbelanja RM500 dan ke atas layak menerima diskaun sebanyak 20% manakala untuk pemegang kad debit Maybank dengan pembelian RM300 dan ke atas berpeluang menikmati diskaun sebanyak 10%. 

    Koleksi Raya RR 2024 ini telah dilancarkan sepenuhnya pada 1 Mac 2024 dan boleh juga dibeli melalui atas talian di www.rrbyrizmanruzaini.com. 

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts