Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, November 22, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentRobot Serang Manusia, Jurutera Tesla Mengalami Luka Di Tangan Akibat Jentera Robot...

    Robot Serang Manusia, Jurutera Tesla Mengalami Luka Di Tangan Akibat Jentera Robot Gagal Berfungsi

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Manusia dan robot diibaratkan akan menjadi rakan. Itu jangkaan yang berlaku pada masa hadapan, impak daripada kepesatan pembangunan teknologi kecerdasan buatan (AI) di dunia termasuk Malaysia.

    Ini kerana penggunaan robot (mesin) menjadi lebih meluas dan manusia akan bergantung kepada robot.

    Robot berserta dengan AI ini berfungsi sebagai sistem yang melaksanakan tugasan tertentu secara serupa atau melangkaui kepintaran manusia.

    Tugas itu termasuk membantu membuat ramalan mengenai sesuatu perkara, memudahkan proses menyelesaikan masalah dan membantu membuat keputusan dengan tepat.

    Berbahas soal ini, baru-baru ini seorang jurutera Tesla luka di tangan kiri akibat diserang oleh jentera robot yang rosak semasa memprogram dua lagi jentera robot kilang Tesla yang gagal berfungsi.

    Menurut laporan Harian Metro, jurutera itu diserang oleh jentera robot yang diprogram untuk mengangkat dan memindahkan bahagian-bahagian kereta yang baharu diperbuat daripada aluminium di Gigafactory Texas Tesla berdekatan Austin, memaksa dua rakan sesekerjanya menutup butang kecemasan setelah melihat kesan darah akibat serangan itu.

    Jentera robot itu dilaporkan menekan jurutera itu dan menusuk kuku logamnya ke bahagian belakang dan lengan pekerja itu menyebabkan “luka dalam”, menurut laporan itu.

    Akhbar itu memetik Tesla sebagai berkata bahawa jurutera itu tidak memerlukan cuti sakit.

    Walaupun Tesla tidak melaporkan kecederaan lain yang berkaitan dengan jentera robot di kilang itu kepada pihak berkuasa, insiden itu mencetuskan kebimbangan mengenai risiko jentera robot automatik di tempat kerja, merujuk kepada peningkatan kecederaan akibat jentera robot di pusat penghantaran Amazon, pembedahan oleh jentera robot, kereta pandu sendiri serta pengajar catur robot.

    Puteri Alia
    Puteri Alia
    Mencari ada apa di sebalik KISAH dunia & lokal.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts