Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Thursday, September 19, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment‘Rock Warrior Music Festival’ Bakal Beri Pengalaman Muzik Yang Tiada Tandingan Kepada...

    ‘Rock Warrior Music Festival’ Bakal Beri Pengalaman Muzik Yang Tiada Tandingan Kepada Semua Peminat Rock

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Rumah Produksi Merah, milik lagenda rock tanah air, Dato’ Awie, dengan bangganya mengumumkan penganjuran Rock Warrior Music Festival, satu acara muzik epik yang akan menghimpunkan band rock tanah air dalam satu persembahan yang bertenaga dan penuh nostalgia.

    Buat peminat rock

    Festival ini bakal berlangsung pada 23 dan 24 November 2024 di KL Base, Sungai Besi, menjanjikan pengalaman muzik yang tiada tandingan kepada semua peminat rock.

    Rock Warrior Music Festival bakal menampilkan barisan artis rock terkemuka seperti Wings, Search (Kid & Din) dan XPDC pada 23 November yang akan mempersembahkan lagu-lagu hit mereka dari era kegemilangan rock sehingga kini.

    Penganjur Dato’ Awie berkata, penganjuran Rock Warrior Music Festival adalah salah satu usaha Rumah Produksi Merah untuk menghidupkan kembali suasana era kegemilangan muzik rock, serta menyatukan generasi lama dan baru peminat muzik rock.

    Menurutnya, Rock Warrior Music Festival adalah platform terbaik buat band rock baharu untuk menonjolkan bakat sekali gus memperkenalkan lagu dan karya mereka.

    Saya percaya festival ini akan menjadi titik sentral yang mencorakkan semangat kesatuan dalam kalangan peminat muzik, sama ada mereka adalah golongan lama yang sudah lama menggemari genre rock atau golongan baharu yang baru bersuara dalam dunia muzik ini.

    Tidak hanya itu, Rock Warrior Music Festival sebagai medan yang amat sesuai untuk mengetengahkan bakat baharu dalam industri muzik rock. Platform unik ini memberi peluang kepada kumpulan rock baharu untuk beraksi, mengagumkan penonton, serta memperkenalkan lagu dan karya original mereka kepada dunia.

    Dengan adanya penekanan yang diberikan oleh festival ini terhadap kepelbagaian bakat dalam kalangan penyampai lagu rock, ia memperlihatkan komitmen sebenar pihak penganjur dalam mempromosikan kepelbagaian dan inovasi dalam industri muzik tempatan.

    Ujar Awie lagi, Rock Warrior Music Festival bukan sahaja menjadi acara hiburan yang tidak boleh dilepaskan oleh peminat-peminat muzik, tetapi juga menjadi tonggak penting yang mendokong perkembangan industri muzik rock di negara ini.

    Diharapkan festival ini akan terus menjadi mercu tanda yang membawa kegemilangan kepada muzik rock, serta menjana inspirasi dan semangat yang berterusan dalam kalangan peminat muzik tanah air.

    Awie yang juga vokalis utama kumpulan rock lagenda Wings menyatakan bahawa festival ini adalah satu penghargaan kepada peminat setia muzik rock di Malaysia.

    Rock Warrior Music Festival adalah untuk semua pejuang muzik rock yang tidak pernah putus asa menyokong genre ini. Kami mahu menghidupkan semula semangat rock, dan membawa pengalaman yang mengasyikkan kepada semua yang hadir.

    Selain persembahan muzik yang bertenaga, Rock Warrior Music Festival juga menawarkan pelbagai aktiviti sampingan untuk menambah kemeriahan acara, termasuk pelbagai ‘booth’ makanan dan minuman, aksesori, gerai jualan eksklusif barangan rock, dan banyak lagi.

    ALSO READ:  “Akhirnya Anak Arwah Saleem Sertai Iklim”- Peminat Teruja Syafiq Farhain Ganti Tempat Bapanya Sebagai Vokalis

    Tiket untuk menyaksikan Rock Warrior Music Festival sudah mula dijual sejak 7 September lalu dan boleh didapati secara dalam talian menerusi laman web

    Harga tiket untuk dua hari iaitu Gold (seated) RM250, Silver (standing) RM200 dan Bronze (standing) RM150.Bagi band yang ingin menyertai Rock Warrior Music Festival ini boleh menghantar demo atau video di alamat Rumah Produksi Merah Sdn Bhd di Subang Jaya.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,251FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts