Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Wednesday, September 18, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentRocketfuel Entertainment Lancarkan Lagu Patriotik ‘Inilah Kita’ Sempena Hari Kemerdekaan & Hari...

    Rocketfuel Entertainment Lancarkan Lagu Patriotik ‘Inilah Kita’ Sempena Hari Kemerdekaan & Hari Malaysia

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Rocketfuel Entertainment melancarkan single terbaru bertemakan patriotisme yang berjudul ‘Inilah Kita’ sempena sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia yang akan datang.

    Hasil Usaha Sama Pelbagai Artis

    Lagu ini merupakan hasil usaha sama artis dari pelbagai bangsa, yang melambangkan keindahan kepelbagaian budaya di negara kita.

    Artis-artis yang terlibat di dalam rakaman lagu ini ialah Hael Husaini, Wani Kayrie, Balan Kash, Daniel Fong, Roshini Balachandran, dan Joey Leong.

    Kesemua mereka bergabung suara untuk menyampaikan mesej yang kuat tentang pentingnya kita sebagai rakyat Malaysia untuk bersatu-padu dan terus berbangga dengan identiti kita.

    Lagu berdurasi hampir 3 minit ini merupakan ciptaan gabungan bakat hebat iaitu Shazee Ishak dan Audi Mok serta Balan Kash.

    Simbolik Keindahan Malaysia

    via Rocketfuel Entertainment

    Menurut Rocketfuel Entertainment, lagu ‘Inilah Kita’ adalah simbolik kepada keindahan Malaysia yang kaya dengan budaya, bahasa, dan agama yang pelbagai namun tetap bersatu di bawah satu bendera.

    Rocketfuel Entertainment berharap ‘Inilah Kita’ akan menjadi lagu kebanggaan bagi rakyat Malaysia, terutamanya semasa sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia.

    Anda boleh terus strim lagu Inilah Kita di semua digital platform seperti Apple Music, Spotify, Deezer, KKBox, YouTube dan YouTube Music serta menghasilkan kandungan video pada TikTok dan Instagram Reels.

    Video muzik eksklusif bagi lagu ‘Inilah Kita’ akan dilancarkan pada hari Ahad ini, 18 Ogos 2024 selepas tayangan perdana di program Gimme The Mic Malaysia di Astro Ria, saluran 104 Astro.

    Jom bersama-sama meraikan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia dengan semangat perpaduan dan tanda cinta kita kepada negara tercinta, Malaysia. ‘Inilah Kita’ – Satu bangsa, satu negara, satu hati.

    Related articles

    Follow Us

    20,255FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts