Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment“Rosak Industri” – Percalonan The Gadys Dalam Top 10 Artis Baharu Popular...

    “Rosak Industri” – Percalonan The Gadys Dalam Top 10 Artis Baharu Popular Jadi Persoalan Netizen

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Kecoh sebelum ini apabila nyanyian sumbang kumpulan The Gadys pada Anugerah KNKV Viral 2024 tahun lalu.

    Publisiti Tidak Baik Juga Publisitivia Instagram The Gadysvia Instagram The Gadys

    Daripada kumpulan tidak dikenali, The Gadys tiba-tiba tular dan menjadi perhatian ramai. Walaupun dihujani kecaman, benarlah kata-kata, ‘publisiti tidak baik tetap juga publisiti’.

    Lebih mengujakan, The Gadys yang dianggotai Aznie Azmi, Ayunie Rizal dan Thamiera Cahn itu berjaya membolosi kelompok Top 20 bagi kategori Artis Baharu Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) ke-36.

    Malah, lebih mengejutkan The Gadys sekali lagi muncul Top 10 bagi kategori itu berentap bersama Erysha Emyra, Ezzanie Jasny, Trisha Ooi, Aufahanie, Tracey Sinidol, Iera Milpan, Syaf Mutalib, Nurel Baharin dan Raden Zaharatul.

    Hikmah Disebalik Kejadian

    via Instagram Berita Harian

    Aznie yang merupakan alhi kumpulan tersebut tidak menafikan insiden berlaku kepada The Gadys pada acara anugerah sebelum ini mempunyai hikmah kepada kerjaya.

    Kami tidak menolak mungkin itu adalah satu hikmah. Daripada kontroversi hadir sesuatu yang positif di sebaliknya.

    The Gadys akan cuba manfaatkan setiap ruang dan peluang yang ada dengan cuba memberikan sebaik mungkin

    Atas calonan tersebut, dilihat ramai yang mempersoalkan mengenai kedudukan dan undian yang diterima oleh kumpulan ini.

    Malah ada juga pihak yang mengatakan tidak berbaloi untuk meletakkan undian kepada The Gadys.

    Sekadar makluman, untuk menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan Ke-67, ABPBH 36 mengangkat tema Teguh membawa mesej keutuhan, perpaduan dan solidariti dalam kalangan rakyat Malaysia.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts