Anggota kumpulan Kpop terkenal, iaitu Jennie Blackpink menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-29 pada hari ini iaitu tanggal 16 Januari.
Ucapan hari jadi Jennie
Bersempena dengan hari bahagia itu, tiga ahli kumpulan Blackpink iaitu Rose, Jisoo dan Lisa sempat menitipkan ucapan hari lahir buat Jennie atau nama lengkapnya Kim Jennie.
Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram Story, Rose berkongsi foto dirinya dan Jennie sedang membelai seekor anjing. Rose meluahkan rasa bersyukur kerana dikurniakan seorang ‘kakak’ seperti Jennie dalam mengharungi kehidupan bersama dalam industri muzik antarabangsa.
Saya amat bersyukur kerana dikurniakan seorang kakak seperti kamu untuk menemani perjalanan hidup ini. Betapa indahnya dapat membesar bersama dan menjalin hubungan yang semakin erat saban tahun, sambil memiliki kamu sebagai unnie (kakak) yang sentiasa ada di sisi.
Tambah pelantun lagu On The Ground itu lagi, dia sangat menghargai momen-momen bersama Jennie selain mengakui tidak sabar untuk mencipta kenangan indah bersama-sama.
Saya sangat menghargai setiap momen ‘comel’ yang kita lalui bersama dan tidak sabar untuk mencipta lebih banyak kenangan indah sambil berkongsi kehidupan yang penuh warna ini bersama-sama.
Namun, untuk hari istimewa ini, yang paling penting, selamat hari lahir! Saya menyayangimu sepenuh hati. Selamat Hari Jendeuk!
Selain Rose, Jisoo turut menitipkan ucapan istimewa sempena ulang tahun kelahiran pelantun lagu Solo itu. Jisoo meluahkan rasa syukur atas kehadiran Jennie dalam hidupnya, yang menjadi sumber kebahagiaan dan keceriaan buat dirinya.
Kamu tak tahu betapa gembiranya saya kerana kamu adalah salah seorang yang boleh saya panggil sebagai keabadian saya. Saya sayang kamu. Selamat hari lahir, Jendeukie saya.
Manakala Lisa berkongsi video memaparkan dia bersama Jennie sedang menari sambil menulis kapysen tidak sabar mahu bertemu dengan rakan baiknya itu.
Selamat ulang tahun kelahiran my partner in crime. Semoga awak mempunyai hari yang paling indah dan tak sabar untuk jumpa awak tidak lama lagi.