Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentRosmah Mansor Lepas 12 Pertuduhan Pengubahan Wang Haram Berjumlah RM7,097,750

    Rosmah Mansor Lepas 12 Pertuduhan Pengubahan Wang Haram Berjumlah RM7,097,750

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Datin Seri Rosmah MansorDatin Seri Rosmah Mansor

    Sumber foto: Harian Metro

    Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepas dan membebaskan Datin Seri Rosmah Mansor daripada 12 tuduhan pengubahan wang haram dan lima kes gagal mengisytiharkan pendapatannya kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

    Pengubahan wang haram, LHDN

    Datin Seri Rosmah MansorDatin Seri Rosmah Mansor

    Memetik Harian Metro,  Hakim K Muniandy membenarkan permohonan isteri bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Najib Razak itu untuk membatalkan semua tuduhan tersebut.

    Rosmah dalam permohonannya sebelum ini berhujah, kualiti hidupnya terjejas akibat ketidakadilan prosedur dalam kes itu.

    Bagaimanapun, pihak pendakwaan menegaskan semua tuduhan adalah sah di sisi undang-undang dan mengandungi maklumat mencukupi untuk memaklumkan tertuduh mengenai kesalahan yang didakwa.

    Perkara itu sekali gus membolehkan Rosmah menyediakan pembelaan yang sewajarnya.

    Pada 23 Ogos lalu, peguam mewakili Rosmah, Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin, memaklumkan kepada mahkamah bahawa pihak pembelaan dan pendakwaan mencapai persetujuan untuk menyelesaikan kes itu.

    Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Akram Gharib, turut bersetuju tetapi menyatakan proses dokumentasi masih pada peringkat akhir sebelum perintah mahkamah dapat diteruskan.

    Pada 13 Disember tahun lalu, Rosmah mengemukakan tiga surat representasi untuk menggugurkan tuduhan berkenaan.

    Rosmah sebelum ini mengemukakan dua permohonan seumpamanya iaitu pada 3 Mei dan 18 Ogos, yang belum diputuskan oleh Pejabat Peguam Negara.

    Dia didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, pada 4 Oktober 2018 sebelum kes dipindahkan ke Mahkamah Tinggi di sini.

    Rosmah menghadapi 12 tuduhan pengubahan wang haram membabitkan RM7,097,750 dan lima tuduhan gagal mengisytiharkan pendapatan kepada LHDN.

    Beliau didakwa melakukan kesalahan itu antara 4 Disember 2013 hingga 8 Jun 2017.

    The following two tabs change content below.

    ALSO READ:  [VIDEO] Opai Mengaku Ibu & Isteri Bising Tak Kongsi Berita Mengenai Anak – ‘Usianya Sudah Masuk Tujuh Bulan Dah’
    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts