Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentRossa Jadi Selebriti Pertama Usanita Entertainment, Tampil Episod Istimewa ‘Talk Show’ Bersama...

    Rossa Jadi Selebriti Pertama Usanita Entertainment, Tampil Episod Istimewa ‘Talk Show’ Bersama Awal Ashaari

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    usanitausanita

    Penyanyi tersohor Indonesia, Datuk Seri Rossa telah dipilih sebagai selebriti pertama untuk merasmikan Usanita Entertainment, sebuah cabang terbaru di bawah Usanita Sdn Bhd yang komited memperkasa dan menaik taraf industri kreatif tempatan.

    Perjalanan baharu

    Usanita RossaUsanita Rossa

    Usanita Entertainment berhasrat untuk mewujudkan ekosistem yang mampan dalam industri seni dan budaya, dengan menekankan inovasi serta kolaborasi antara penggiat seni tempatan dan antarabangsa.

    Pelancaran rasmi Usanita Entertainment ini dimulakan dengan episod istimewa talk show digital bertajuk Usanita: Unwrapped Kisah Di Sebalik Spotlight Special Edition With Dato Sri Rossa. Program ini dihoskan oleh Awal Ashaari bersama Ketua Pegawai Eksekutif Usanita Sdn Bhd, Datuk Adzliana Dato’ Sri Prof Dr Hasan.

    Episod istimewa ini dijangka memberikan perspektif mendalam tentang perjalanan seni Rossa, yang telah menjadi inspirasi kepada ramai peminat di seluruh Nusantara.

    Sebaik sahaja selesai rakaman program bual bicara tersebut, acara diteruskan dengan upacara simbolik tanda tangan plak perasmian Usanita Entertainment.

    Datuk Seri Rossa bersama Datuk Adzliana secara rasmi menandatangani plak sebagai tanda permulaan perjalanan baharu Usanita Entertainment dalam menerokai peluang baharu untuk penggiat seni tempatan dan antarabangsa.

    Upacara tersebut menjadi simbolik kepada hala tuju baharu yang akan diterokai oleh Usanita dalam menyokong perkembangan industri kreatif.

    Rossa ikon terbaik

    Rossa UsanitaRossa Usanita

    Datuk Adzliana dalam kenyataan rasminya menyatakan bahawa penglibatan Rossa sebagai figura utama pelancaran ini sangat signifikan, memandangkan beliau bukan sahaja dihormati sebagai penyanyi, tetapi juga sebagai ikon yang berperanan besar dalam memupuk hubungan antara penggiat seni dari Malaysia dan Indonesia.

    Kami berbangga dapat memulakan langkah pertama ini dengan Datuk Seri Rossa, yang membawa pengalaman dan pengaruh antarabangsa dalam arena kreatif. Ini membuka jalan untuk kerjasama yang lebih besar pada masa hadapan.

    Sesi pelancaran tersebut bukan sahaja berfokus kepada perasmian, malah ia turut disaksikan oleh pelbagai pihak media tempatan yang diberi peluang menyaksikan secara langsung permulaan Usanita Entertainment.

    ALSO READ:  Che Ta Persoal ‘Aib’ Artis Lelaki Dah Lapan Tahun Ambil Dadah Didedah Kepada Umum – ‘Penting Sangat Ke Nak Sebar?’

    Signifikan tanda tangan oleh Datuk Seri Rossa pada pelancaran Usanita Entertainment adalah kerana Usanita bertindak sebagai rakan penaja untuk Malam Gala Filem Dokumentari All Access To Rossa: 25 Shining Years yang akan berlangsung di Dadi Cinema, Kuala Lumpur.

    Dokumentari ini meraikan perjalanan karier cemerlang Rossa selama 25 tahun, dan dengan penglibatan Usanita sebagai penaja, ia menandakan sokongan kukuh Usanita terhadap seni dan industri kreatif, sekaligus memperkukuhkan hubungan strategik antara kedua-dua pihak dalam memartabatkan bakat seni di peringkat serantau.

    Dengan kepimpinan dan visi Datuk Adzliana, Usanita Sdn Bhd yakin mampu memainkan peranan besar dalam mentransformasikan industri seni negara ke tahap yang lebih tinggi.

    Awal Ashaari, Nana, RossaAwal Ashaari, Nana, Rossa

    Selain itu, Usanita juga telah merangka pelbagai aktiviti menarik yang akan diumumkan dalam masa terdekat.

    Aktiviti-aktiviti ini bertujuan untuk menyokong perkembangan dan kelestarian industri kreatif tempatan, dengan memberi fokus kepada pembangunan bakat baharu, penstrukturan semula ekosistem industri seni, dan kolaborasi strategik dengan pemain industri dari luar negara.

    Usanita Sdn Bhd berhasrat untuk memperkenalkan beberapa inisiatif yang melibatkan latihan, peluang kerjaya, serta program sokongan kreatif bagi artis-artis tempatan.

    Usanita Entertainment juga akan melibatkan diri secara aktif dalam penerbitan kandungan berkualiti tinggi yang merangkumi pelbagai platform digital, selari dengan perkembangan teknologi masa kini. Pendekatan ini adalah sebahagian daripada usaha Usanita untuk memastikan karya seni tempatan mendapat pendedahan lebih luas di peringkat global.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts