Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentRossa Sera Didakwa Jadi Penyondol, Jalin Hubungan Dengan Suami Orang?

    Rossa Sera Didakwa Jadi Penyondol, Jalin Hubungan Dengan Suami Orang?

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Nama bekas isteri kepada selebriti Shuk Sahar iaitu Rossa Sera menjadi topik hangat netizen di media sosial susulan pendedahan seorang individu yang mendakwa Rossa menjadi punca keretakan rumah tangga pasangan suami isteri.

    Pendedahan mengejutkan

    Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Instagram Story (IG Story) Jannalis4_, mendakwa Rossa Sera atau nama sebenarnya Rossalennah Natassyiah Asshaferah menjalin hubungan dengan seorang lelaki yang berstatus suami orang.

    Dah banyak kali peluang diberikan untuk berhenti mengganggu lelaki tersebut tetapi Rossa Sera masih melayan. Dengan alasan lelaki tersebut yang mencari. Memang betul, bertepuk sebelah tangan tak akan berbunyi.

    Dakwa individu itu lagi, isteri lelaki terbabit dan Rossa Sera telah bertemu pada 2 Februari lalu bagi menyelesaikan isu tersebut namun mereka gagal mencapai kata sepakat. Rossa didakwa masih menghubungi lelaki tersebut.

    Mereka masih lagi berhubung di belakang isteri sah. Pada 24 Februari 2024, jaminan tadi hanyalah dusta dan semua itu hanya untuk menutupi mata isteri sah. Percintaan Rossa Sera dengan suami orang bersambung di game ya.

    Semalam (31 Mac), di hadapan isteri sah dan anak-anak, si suami memilih Rossa Sera berbanding isteri sah. Terima kasih Rossa Sera. Semoga Allah SWT sahaja yang membalas semua ini.

    Sementara itu, isteri Shuk Sahar iaitu Fara Salleh turut memuat naik satu paparan skrin perbualan dengan seorang individu yang memaklumkan kepadanya tentang isu tersebut.

    Fara menafikan tuduhan netizen yang mendakwa bahawa dia adalah ‘dalang’ di sebalik akaun Instagram Jannalis4_. Hantaran yang dikongsikan itu dipercayai telah dipadam oleh Fara selang beberapa minit dimuat naik.

    Dalam pada itu, hasil tinjauan mendapati netizen mula membanjiri ruangan komen Instagram Rossa Sera dengan menggesa wanita itu untuk menjelaskan perkara sebenar.

    ALSO READ:  Bekas Isteri Dakwa Pempengaruh Curang – ‘Tak Cukup Dengan Staf, Bini Orang Pun Sanggup Awak Sailang?’

    Paparan skrin

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts