Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Sunday, December 22, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentRosyam Nor Bakal Ambil Tindakan Undang-Undang, Difitnah Beri Nasihat ‘Pedas’ Buat Fattah...

    Rosyam Nor Bakal Ambil Tindakan Undang-Undang, Difitnah Beri Nasihat ‘Pedas’ Buat Fattah Amin – ‘Aku Seret Korang Pergi Mahkamah’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Pelakon dan penerbit, Datuk Rosyam Nor meluahkan rasa berang tindakan beberapa individu yang didakwa menyebarkan kenyataan palsu berkaitan dirinya.

    Rosyam Nor nak ambil tindakan undang-undang

     

    View this post on Instagram

     

    A post shared by Rosyam Nor (@iamrosyam)

    Menerusi hantaran di Instagram, Rosyam atau nama lengkapnya Mohamed Noor bin Shamsuddin berkongsi beberapa paparan skrin kenyataan yang kononnya Rosyam telah memberi nasihat ‘pedas’ kepada Fattah Amin berhubung perceraiannya dengan pelakon, Nur Fazura.

    Susulan daripada itu, Rosyam akui perkara tersebut secara tidak langsung telah mencalarkan nama baiknya dan disebabkan itu, dia tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang terlibat.

    Korang tunggu. Aku seret korang pergi mahkamah.

    Buat fitnah dan aibkan orang,

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan tindakan Rosyam selain berharap perkara ini menjadi pengajaran dan peringatan kepada orang ramai agar tidak menyebarkan kenyataan fitnah.

    Yes finally Dato bersuara sebab ramai je gunakan nama Dato. Harap dapat bersihkan nama Dato berkaitan isu yang tengah panas ni.

    Seret je, bagi mereka sedar diri! Jangan suka-suka buat kenyataan fitnah.

    Bagus buat macam nia supaya orang berhati hati ketika komen.

    Terdahulu, Fattah dan Fazura disahkan bercerai talak satu dan lafaz cerai dilakukan di hadapan Hakim Syarie, Abdul Malik Soleh kira-kira jam 9.45 pagi Isnin.

    Pada 13 September lalu, Fazura memfailkan cerai terhadap Fattah di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.

    Imbas kembali, Fattah dan Fazura mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia empat tahun.

    The following two tabs change content below.

    ALSO READ:  “Ukur Baju Di Badan Sendiri”- Datuk Aliff Syukri Akui Ramai Yang Suka Berlagak Mewah
    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts