Pelakon dan penerbit terkenal, Datuk Rosyam Nor selesai membuat laporan polis berhubung tindakan beberapa individu yang didakwa menyebarkan kenyataan palsu berkaitan dirinya.
Buat laporan polis
View this post on Instagram
Menerusi perkongsian di Instagram (IG), pemilik nama Mohamed Noor Shamsuddin memuat naik video bersama peguamnya selepas selesai membuat laporan polis di Balai Polis Pudu.
Menerusi perkongsian yang sama, pelakon filem ‘KL Menjerit’ turut memuat naik gambar beberapa halaman yang dipercayai terbabit melakukan kenyataan berunsur fitnah tersebut.
Assalamualaikum, saya bersama peguam saya Encik Aizul dah buat laporan polis berkenaan dengan beberapa hantaran (fitnah) yang tersebar di media sosial yang telah pun mengaibkan saya.
Hantaran tersebut telah memfitnah serta mengaitkan saya dengan Fattah Amin dan juga Fazura.
Banyak akaun yang terbabit
Dalam pada itu, Rosyam menitipkan ucapan terima kasih buat peguamnya yang dikenali sebagai Encik Aizul atas khidmat nasihat yang telah diberikan untuk berdepan dengan isu ini.
Terima kasih warga Balai Polis Pudu dan peguam saya, Encik Aizul.
Banyak pula akaun media sosial yang terbabit dan terlibat.
Terdahulu, Rosyam meluahkan rasa berang terhadap tindakan beberapa individu yang didakwa menyebarkan kenyataan palsu berkaitan dirinya.
Pelakon berusia 57 tahun turut berkongsi paparan skrin kenyataan yang kononnya telah memberi nasihat ‘pedas’ kepada Fattah Amin berhubung perceraiannya dengan pelakon, Nur Fazura.
Tindakan yang tidak bermoral itu sedikit sebanyak telah mencalarkan nama baiknya sebagai seorang bergelar selebriti.