Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentRuhainies Anggap Dakwaan Bertunang Dengan Aliff Aziz Merepek – ‘Bertunang? Tak Akan...

    Ruhainies Anggap Dakwaan Bertunang Dengan Aliff Aziz Merepek – ‘Bertunang? Tak Akan Berlaku’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Pelakon jelita, Ruhainies memberikan jaminan bahawa dakwaan dirinya akan bertunang dengan bekas suami Bella Astillah iaitu Aliff Aziz sama sekali tidak akan berlaku.

    ‘Tak akan berlaku’

    Ketika ditemui , Ruhainies atau nama sebenarnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas berkata, dakwaan tersebut sangatlah merepek sehingga mendatangkan salah faham.

    Tak akan berlaku ( bertunang). Tak adalah, hal itu pun ( penyebaran berita pertunangan) merepek. Makin lama makin merepek.

    Saya pun tak tahu siapa yang buat benda itu. Tiba-tiba media jadikan ia bahan berita. Saya rasa sedihlah juga kerana berita tak sahih dikeluarkan.

    Ruhainies berkongsi perkara tersebut ketika ditemui selepas prosiding pertuduhan kes tersebut di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada pagi Rabu.

    Ketika ditanya mengenai responnya terhadap sindiran dan tuduhan Bella Astillah yang mendakwa dirinya sebagai perosak rumah tangga, pelakon berusia 32 tahun ini enggan memberikan sebarang komen.

    Menurut Ruhainies, dia tidak mahu menjawab persoalan tersebut sebaliknya mahu memberikan fokus terhadap tuduhan kes khalwat yang dijalankan pada hari ini.

    Soalan ini terlalu berat. Mengenai hal itu, apa yang boleh diatakan, kes hari ini melibatkan kes khalwat, kalau boleh saya memang tak nak sentuh mengenai isu itu.

    Insya-Allah nanti kita jawab pada masa yang sesuai nanti.

    Tambah Ruhainies, isu yang melanda ketika ini sedikit sebanyak mengganggu fikirannya.

    Tentulah rasa terganggu juga. Saya pun manusia biasa bukan.

    Terdahulu, Ruhainies dan Aliff Aziz mengaku tidak bersalah atas pertuduhan kes khalwat melibatkan mereka pada 9 Mac lalu.

    Kedua-dua mereka membuat pengakuan tersebut di hadapan Hakim Syarie Abu Suffian Abu Yaziz.

    Imbas kembali, pada 9 Mac lalu, dunia hiburan kecoh apabila Aliff dan Ruhainies ditahan Jawi di sebuah kondominium mewah di Kuala Lumpur.

    ALSO READ:  [VIDEO] Netizen Puji Ira Kazar Giat Cari Rezeki Meskipun Baru Bercerai – ‘Walau Banyak Cemuhan, Dia Pilih Berdiam’

    Mereka bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan sekitar pukul 2 petang hari sama.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts