Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment‘Ruhainies Lebih Baik Duduk Diam Atau Minta Maaf, Tak Payah Keluarkan Kenyataan...

    ‘Ruhainies Lebih Baik Duduk Diam Atau Minta Maaf, Tak Payah Keluarkan Kenyataan Selepas Ini’ – Haji Zil

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Pengarah Urusan Zeel Production Sdn Bhd (ZPSB) Fadzil Teh berharap pelakon, Ruhainies dapat bangkit dan melakukan sesuatu bagi menjernihkan namanya semula agar tidak terus terpalit dengan kontroversi yang melanda ketika ini.

    Lebih baik diam

    Menerusi temu bual bersama Fadzil Teh atau lebih mesra disapa sebagai Haji Zil, berharap, Ruhainies akan berdiam diri dan memohon maaf kepada semua agar kontroversi yang melanda dirinya tidak berlarutan sehingga terus menjadi bahan kecaman netizen.

    Lebih baik berdiam diri atau minta maaf. Kalau boleh dia berhentilah daripada terpalit dengan kontroversi yang melanda ketika ini. Saya tidak menyokong tetapi dia harus lakukan sesuatu untuk ‘comeback’ dalam industri.

    Saya kasihan melihat sambutan ramai terhafap drama terbaharunya, Terjerat (lakonan bersama Aliff Aziz) kerana menerima kecaman teruk.

    Tambah Haji Zil, dia juga memberi nasihat kepada Ruhainies agar tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh memakan dirinya semula.

    Sebagai orang yang rapat dan pernah bekerjasama dengan Ruhainies, Haji Zil mengakui berasa kasihan melihat situasi dan nasib aktres tersebut.

    Saya sebagai individu yang agak rapat memang kasihan. Dia pun ada cakap dengan saya, sedikit kecewa yang selama ini ada kawan industri baik tetapi sekarang turut menghentam.

    Saya rasa dia tak payah keluarkan kenyataan dan sebarang komen sebab lebih baik berdiam diri atau minta maaf. Kalau tersalah cakap risau viral mcm isu tak boleh menangis depan kamera.

    Disoal sama ada akan mengambil Ruhainies untuk berlakon ataupun tidak, Haji Zil secara ringkas menjawab, dia tiada masalah untuk mengambil Ruhainies berlakon cuma, bergantung kepada keputusan dan pendirian pihak stesen televisyen.

    Saya kasihan sebab dia baik dengan saya. Dia nak cari makan dengan industri ini sahaja. Dia ada tanya saya sama ada berani atau tidak nak ambil dia berlakon. Saya hanya jawab, tiada masalah kalau stesen TV boleh terima, saya okey sahaja sama ada dia atau Aliff.

    ALSO READ:  Penerbit Hadith Omar Perli Kenyataan Ruhainies Tak Pandai Nangis Depan Kamera – ‘Tak Payah Jadi Pelakon, Duduk Rumah’

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts