Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Saturday, November 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentRuhainies Mengundang Aliff Aziz ke Rumah untuk 'Dinner' bersama Keluarga, Berborak Sehingga...

    Ruhainies Mengundang Aliff Aziz ke Rumah untuk ‘Dinner’ bersama Keluarga, Berborak Sehingga Risteena Tiba

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    statement ruhainiesstatement ruhainies

    Pelakon Ruhainies akhirnya membuka mulut menceritakan kejadian sebenar yang berlaku antaranya dengan penyanyi, Aliff Aziz pada Sabtu.

    Makan malam dengan keluarga

    Menerusi hantaran terbaharu di Instagram, Ruhainies memohon maaf atas kelewatannya memberi kenyataan berhubung isu tersebut kerana komitmen kerja.

    Saya tidak mahu terburu-buru memberi kenyataan bagi mengelakkan disalah erti atau dimanipulasi oleh mana mana pihak.

    Dalam pada itu, pelakon berusia 31 tahun itu memberitahu tujuan Aliff Aziz ke rumahnya adalah untuk makan malam bersama keluarganya.

    Risteena maklumkan kepada saya, dia dalam perjalanan ke rumah saya, namun, tersangkut dalam kesesakan lalu lintas. Jadi, saya buat keputusan untuk naik ke rumah dan letakkan barang keperluan shooting saya.

    Kemudian, saya dan Aliff sempat berborak sementara menunggu dan tidak lama kemudian, pintu rumah saya diketuk.

    Saya ingatkan, itu kakak saya sebab dia cakap, dia dah nak sampai. Tapi, apabila mendengar suara lelaki, semestinya saya takut untuk membuka pintu atas faktor keselamatan.

    Lambat sebab kesesakan lalu lintas

    risteena ruhainiesristeena ruhainies

    Setibanya Risteena di rumah tersebut, dia mendapati terdapat beberapa individu di situ termasuk pihak JAWI, polis, media dan isteri kepada Aliff Aziz iaitu Bella Astillah.

    Dia maklumkan kepada mereka, dia memang sepatutnya dah sampai dan berada bersama di dalam rumah kerana sudah berjanji untuk turut serta. Tapi, disebabkan kesesakan lalu lintas, dia terpaksa ambil masa lebih lama memandangkan keesokan hari adalah hujung minggu’.

    Jadi, atas faktor keselamatan dan untuk mengelakkan sebarang perkara tidak dingini berlaku, kakak saya meminta supaya saya tidak membuka pintu dahulu.

    Setelah berbincang dan ada budi bicara agar pihak berwajib sahaja yang ada di depan pintu, barulah saya buka.

    Selepas dijalankan pemeriksaan, tidak ada apa-apa berlaku. Tetapi, hanya mengikut prosedur yang perlu dilakukan oleh pihak berkuasa, saya hanya perlu memberi keterangan sahaja. Setelah selesai, saya kembali ke rumah.

    Sementara itu, Ruhainies mengakui dan memohon maaf atas kekhilafannya yang boleh menimbulkan fitnah orang ramai.

    ALSO READ:  Terkenal Dengan Konten Menari, TikTokers Ditemui Mati Terbaring Di Luar Rumah

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts