Baru-baru ini, industri dikejutkan dengan berita penahanan pasangan pelakon yang didakwa berkhalwat di sebuah kondominium mewah pada awal pagi Sabtu.
Pelakon, Ruhainies menerusi Insta Stories tampil bersuara selepas terdapat portal yang dikatakan memberikan ‘headline’ yang mengelirukan serta mengeruhkan lagi keadaan.
“Salam, ingin saya perbetulkan di sini, hati-hati dengan penulisan tajuk atau isi di dalam konten supaya tidak menimbulkan dan mengeruhkan lagi keadaan.”-tulis Ruhainies
Tampil Titip Pesanan!
Menafikan isu ‘tangkap basah’ seperti yang diperkatakan orang ramai, Ruhainies atau nama penuhnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas menitipkan pesanan buat pihak terlibat untuk tidak menulis sebarang kenyataan sehingga dirinya memberikan kenyataan rasmi.
“Sehingga kini saya masih belum berikan apa-apa kenyataan. Dan segala apa yang dikeluarkan di media bukanlah kenyataan dari saya dan ianya tidak tepat.
Saya mohon supaya media tidak menulis apa-apa yang boleh mengundang provokasi atau pun fitnah sehingga saya mengeluarkan kenyataan rasmi dari saya sendiri.
Saya mohon kerjasama semua pihak supaya lebih berhati dan lebih bertanggungjawab.”-tegas Ruhainies
Ruhainies, sebelum ini menyatakan bahawa beberapa kenyataan yang kurang tepat telah tersebar di media sosial.
Manakala, Aliff Aziz atau nama sebenar Mohammad Aliff Aziz pula tampil memohon maaf serta akan memberikan keterangan yang dapat menerangkan tanggapan semua orang terhadap isu yang berlaku.
Apa komen anda?