Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Sunday, October 6, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentRuhainies Perjelas Situasi Sebenar, Titip Harapan Agar Bella & Aliff Aziz Tidak...

    Ruhainies Perjelas Situasi Sebenar, Titip Harapan Agar Bella & Aliff Aziz Tidak Bercerai!

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Selepas berdiam diri untuk tempoh yang lama, pelakon Ruhainies akhirnya membuat kenyataan mengenai isu dia ditangkap berkhalwat bersama aktor Aliff Aziz di sebuah kondominium mewah pada Sabtu yang lalu.

    Ruhainies, melalui hantaran di Instagram, juga memohon maaf atas kelewatan beliau dalam memberikan kenyataan rasmi disebabkan kesibukan kerja dan usaha mengelak dari membuat keputusan yang terburu-buru untuk mengelakkan salah faham daripada mana-mana pihak.

    “Pada hari itu, saya baru sahaja menamatkan sesi penggambaran dan pulang bersama pembantu peribadi saya menuju ke rumah. Pada hari itu juga, adik-beradik saya telah merancang untuk tidur di rumah, jadi kami merancang untuk makan malam bersama adik-beradik saya dan beberapa rakan lain.”-kongsi Ruhainies

    via Instagram Ruhainies

    Ruhainies menambah, bahawa dia dan Aliff sempat berbual sambil menunggu kakaknya yang juga seorang pelakon, Risteena, tiba di rumah mereka sebelum pintu diketuk.

    “Saya menganggap itu kakak saya kerana beliau memberitahu bahawa dia hampir tiba. Tetapi setelah mendengar suara lelaki, saya terpaksa berhati-hati sebelum membuka pintu kerana faktor keselamatan.”

    “Kemudian, saya menelefon kakak saya semula untuk memastikan dia tiba sesegera mungkin dan menyiasat siapa di luar pintu. Apabila dia tiba, beliau mengesahkan bahawa itu adalah pegawai JAWI dan polis.”-jelas Ruhainies

    via Instagram Ruhainies

    Hanya Berkawan Biasa Dengan Aliff Aziz!

    Mengakui kesalahannya dari segi agama, Ruhainies menegaskan bahawa dia dan Aliff Aziz hanyalah berkawan biasa.

    “Saya ingin menegaskan bahawa saya dan Aliff hanyalah berkawan biasa dan bekerjasama dalam drama yang kami berlakon. Aliff sebenarnya adalah rakan dan kenalan keluarga saya termasuk adik-beradik saya sejak 10 tahun yang lalu.”

    via Instagram Ruhainies

    Ruhainies telah membuat kenyataan rasmi, kita tunggu kenyataan rasmi dari Aliff Aziz juga ya…

    ALSO READ:  Kumpulan Dukes Perkenalkan Diri Dengan Laila

    Related articles

    Follow Us

    20,235FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts