Pelakon Ruhainies tidak dapat menahan sebak sewaktu meniup lilin kek ulang tahun kelahirannya yang ke-32 dalam sebuah majlis yang diadakan pada Sabtu.
Sebak tiup lilin
Menerusi perkongsian di Instagram Story seorang peminat, Ruhainies yang mengenakan jubah berwarna merah jambu dan berselendang rona sama dilihat tersenyum ketika tetamu sedang menyanyikan lagu ulang tahun.
Aktres itu kemudian dilihat mengesat matanya beberapa kali dipercayai berasa sebak sebelum dia meniup lilin kek yang berada di hadapannya.
Difahamkan, majlis berkenaan merupakan majlis tahlil dan doa selamat bersempena menyambut ulang tahun kelahiran ke-32 Ruhainies yang bakal tiba tidak lama lagi.
Majlis tersebut turut dihadiri oleh pelajar sekolah tahfiz dan beberapa kenalan rapat serta peminat.