Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Saturday, October 5, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentRuhainies Tak Mahu Panjangkan Isu, Mahu Bersemuka Dengan Bella & Sarah!

    Ruhainies Tak Mahu Panjangkan Isu, Mahu Bersemuka Dengan Bella & Sarah!

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Pelakon, Ruhainies akhirnya membuat permohonan secara terbuka kepada Bella Astillah mengenai kontroversi yang melibatkan mereka di media sosial.

    “Saya Pilih Untuk Berdiam Diri, Bukan Nak Mengiyakan Atau…”

    Ruhainies atau nama sebenarnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas menerusi hantaran di Insta Stories menjelaskan bahawa dirinya memilih untuk berdiam diri sebelum ini adalah untuk mengelakkah daripada berlaku pertelingkahan di media sosial.

    “Saya mahu mengatakan sesuatu hari ini berhubung isu yang sedang berlaku. Saya memilih untuk berdiam diri, bukan nak mengiya atau menidakkan, tetapi dengan niat saya untuk mengelakkan pertelingkahan di media sosial serta tidak mahu panjang isu.”-jelas Ruhainies

    Tampil Mohon Maaf!

    Membuat permohonan maaf secara terbuka, Ruhainies meluahkan hasrat untuk bersemuka dengan Sarah Yasmine dan Bella Astillah untuk menjernihkan keadaan.

    “Dengan penuh rasa rendah diri, saya mahu memohon maaf kepada Bella Astillah atas apa yang berlaku. Saya juga mahu bertemu Bella bagi menjernihkan keadaan.

    Saya mahu menjemput Sarah Yasmin juga bersama menyertai kami untuk menyelesaikan apa yang sedang berlaku.

    Saya memohon maaf untuk segala-galanya yang telah berlaku.”-tulis Ruhainies

    Nama aktor, Aliff Aziz menjadi bualan ramai selepas ditangkap khalwat bersama Ruhainies di sebuah kondominium mewah pada Mac lalu.

    Tahap kesabaran sudah mencapai hadnya, Bella kemudian memfailkan cerai di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, 11 Mac lalu.

    Sekadar info, Bella Astillah dan Aliff Aziz mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016. Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata, iaitu Mohamad Ayden Adrean, dan Ara Adreanna.

    Related articles

    Follow Us

    20,237FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts