Baru-baru ini muncul khabar angin yang mengatakan pasangan Hollywood, Justin Bieber dan Hailey Bieber sedang mengalami masalah rumah tangga dan berkemungkinan akan bercerai.
Khabar angin mengenai masalah rumah tangga pasangan ini semakin hangat diperkatakan selepas seorang pengguna TikTok mendakwa, dia telah menerima tips tentang pasangan itu.
View this post on Instagram
Pengguna TikTok itu mendakwa pasangan itu telah membalas kiriman masing-masing menerusi Instagram Stories. Dia mengatakan Justin telah memuat naik kongsian yang menampilkan lagu Jacquees “B.E.D”. Lagu itu pula menampilkan maksud seseorang yang memilih nafsu dan keinginan berbanding cinta dalam perhubungan.
@sloanhooks
What’s going on between Justin and Hailey 🤯 #justinbeiber #haileybieber
♬ original sound – SLOAN
Kemudian Hailey pula membalas kiriman Justin dengan menggunakan lagu SZA “30 For 30”, di mana dia secara spesifiknya menggunakan lirik lagu “But if it’s f-ck me, then f-ck you”
Pengguna TikTok itu turut berkongsi semula video Justin yang mengandungi ayat di mana “Co-parenting gagal”.
Beberapa hari selepas itu, Justin sepertinya menolak dakwaan perceraian itu dengan berkongsikan beberapa gambarnya dengan Hailey yang cukup romantik!
Ketika sambutan Tahun Baru, Justin turut memuat naik gambar isterinya yang berbikini sambil mengisytiharkan cintanya terhadap Hailey dengan kapsyen “Pergi ke mana-mana dengan awak BB. Selamat Tahun Baru”.
Sweet kan?