Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentRumah Tangga Jofliam & Cik Epal Bergolak? Status Perkahwinan Hanya Akan Diketahui...

    Rumah Tangga Jofliam & Cik Epal Bergolak? Status Perkahwinan Hanya Akan Diketahui Bulan Ini – ‘Saya Tidak Pernah Curang Walaupun Sesaat’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Tiada angin tiada ribut, rumah tangga pempengaruh dan usahawan, Jofliam dan isterinya Cik Epal didakwa sedang bergolak.

    Sayang anak-anak

    Di Instagram Story, Jofliam berkata, semuanya berpunca daripada fitnah apabila dia membawa staf wanitanya bernama Dewi dan pasukan pizzanya ke Jepun.

    Bagaimanapun, Jofliam menegaskan, sepanjang perkahwinan dia tidak pernah berlaku curang walaupun sesaat dengan isteri.

    Saya sangat sayangkan anak-anak. Saya adalah family man. Kehidupan saya kebanyakan di rumah. Saya tak ada masa. Jadi fitnah ini bukan sekadar merosakkan hubungan keluarga saya, malah perkahwinan Dewi. Fitnah ini meruntuhkan dua masjid.

    Bapa kepada dua orang cahaya mata ini turut memberi penjelasan mengenai tindakannya yang tidak membawa Cik Epal ke Milan.

    Sebab saya masih tidak tahu status perkahwinan saya secara sah. Hanya akan diketahui bulan ini. Saya tak nak bawa dan kemudian bila balik Milan, umum benda tak sepatutnya sebab saya tak nak ada tohmahan yang kata ini semua marketing.

    Jadi saya di sini ada urusan kerja demi membawa nama Malaysia ke mata dunia. Tugas saya bermula esok dan saya nak tegaskan, saya hadir ke Milan dalam tiada ikatan dengan sesiapa.

    Tambah Jofliam, dia sudah memendam perasaan selama hampir empat bulan. Dalam tempoh empat bulan itu juga, dia cuba menyakinkan isterinya demi mempertahankan rumah tangga mereka.

    Macam-macam pujuk rayu saya buat dan saya pertahankan. Makin hari bukan makin surut, malah makin panas sebab dihasut orang sekeliling.

    Dengan siapa saya nak luah kalau semua orang asingkan saya? Empat bulan saya menangis sendiri dan akhirnya ada benda yang terjadi dua minggu lepas.

    ALSO READ:  Manusia Ada Prasangka Pada Allah? Ini Penjelasan Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts