Hari ini, nama pasangan selebriti terkenal, Fattah Amin dan Fazura menjadi bualan netizen apabila mereka telah sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Shah Alam, baru-baru ini.
Berita penceraian pasangan selebriti berkenaan turut mendapat respon oleh beberapa rakan selebriti termasuklah isteri kepada usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Shahida menerusi hantaran di Instagram, yang berpendapat orang ramai seharusnya mengelakkan diri daripada memberikan komen mengenai rumah tangga orang lain kerana hanya pasangan terlibat lebih mengetahui apa yang mereka lalui.
“Kalau kita dengan tentang masalah rumah tangga orang, elakkan komen sebab kita tak tahu apa yang berlaku. Hanya suami isteri yang tahu apa yang mereka lalui. Hanya suami je kenal isteri dan begitulah sebaliknya.
Kita hanya sekadar orang luar yang tidak mengetahui kisah sebenar sedangkan mereka memiliki cerita versi masing-masing.”-tulis Datin Shahida di Instagram
View this post on Instagram
Mengakui setiap rumah tangga mempunyai pahit manisnya, Datin Shahida menitipkan rasa syukur terhadap rumah tangganya yang masih kekal biarpun pernah bergelora sebelum ini.
“Rumah tangga mana yang tidak bergelora, tak terkecuali begitu juga kami,tapi masih panjang jodohnya,apapun kita doakan yang terbaik untyk semua orang,
berpisah juga bukan tanda berakhirnya hidup kita, kadang-kadang permulaan untuk kehidupan yang lebih baik..Doa yang baik-baik ,cakap yang baik-baik Insya Allah yang baik-baik juga untuk kita.”-Tambah Datin Shahida lagi
Sama-sama kita doakan yang terbaik sahaja buat mereka…Apa komen anda?