Kecoh di laman sosial apabila sebuah kediaman seorang aktor popular didakwa milik Farid Kamil akan dilelong.
Rumah dilelong
Menerusi notis lelongan yang tersebar, rumah teres yang terletak di Bandar Saujana Putra, Selangor itu telah diletakkan dalam senarai lelongan awam pada 22 Januari ini.
Rumah dua tingkat yang telah diubai suai itu dilelong pada harga RM522,000 dan dikatakan di bawah pemilikan Bumiputera yang dibeli pada tahun 2011.
Menerusi butiran yang tersebar itu juga tertera nama pemilik rumah tersebut iaitu Farid Kamil Zahari.
Bagaimanapun, sehingga kini tiada sebarang kenyataan dibuat oleh Farid berhubung perkara tersebut.