Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentRusdi Ramli Tidak Selesa Kongsi Hal Peribadi, Lebih Banyak Beri Kemudaratan –...

    Rusdi Ramli Tidak Selesa Kongsi Hal Peribadi, Lebih Banyak Beri Kemudaratan – ‘Kerja-Kerja Pelakon Sahaja Hak Masyarakat’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Pelakon Rusdi Ramli akui tidak selesa untuk berkongsi tentang kehidupan peribadi dan rumah tangganya kepada orang ramai.

    Artikel berkaitan: ‘Sharon Pernah Mengadu Dengan Saya, Rusdi Sudah Lama Tiada ‘Job’ & Ia Berkaitan Masalah Wang Ringgit’ – Norlia Ghani

    Artikel berkaitan: [VIDEO] Sharon Paul Beri Bayangan Bakal Berpisah Dengan Rusdi Ramli? – ‘Saya Tunggu Green Light Daripada Dia Je’

    Cukup berkongsi soal kerja

    Menurutnya, meskipun ada yang beranggapan selebriti adalah milik masyarakat, namun dia berpendapat hal peribadi masih hak miliknya.

    Kalau dulu, kita ditanam artis ini hak masyarakat. Saya sejak mula berkecimpung tak pernah percaya atau pegang bahawa benda itu adalah benda yang saya kena terima.

    Pada saya, kerja-kerja pelakon atau artis itu saja yang jadi hak masyarakat. Tetapi, hal peribadi tetap hak privasi dia. Tak adil sebab dia pun manusia, kan.

    Katakanlah, seorang artikek, apabila bangunan yang dibina itu runtuh, tak ada orang bertanya siapa isteri dia. Jadi, kenapa tak buat kami begitu juga?

    Jadi, kalau hasil kerja kami buruk, hentamlah. Tapi, kalau hal peribadi, biarlah kami punya. Kalau tidak, tak ada apalah yang kami punya. Dari penjelasan itu, biarlah saya simpan hal peribadi saya dan saya berterima kasih sangat kalau benda itu difahami.

    Sementara itu, Rusdi merasakan keterbukaan dalam berkongsi mengenai kehidupan peribadi boleh mendatangkan kemudaratan kepada banyak pihak.

    Bagaimanapun, Rusdi menghormati pilihan dan keputusan individu yang selesa bercerita mengenai kehidupan peribadi dan rumah tangga mereka.

    Itu hak masing-masing. Sesetengah orang tak kisah. Kadang-kadang mungkin mereka suka cerita mereka keluar setiap hari. Kalau tidak, tak ada cerita. Pada saya, lebih baik saya diam daripada saya bercerita yang tak ada.

    Hari ini (Jumaat), saya datang sebab drama ini. Kalau tidak, saya tak ada. Jadi, adalah sebab saya ada di khalayak sebegini, sebab kerja.

    Kalau acara yang saya tak terbabit, saya takkan pergi. Tak diundang kan. Berapa banyak festival filem yang saya tak dijemput dan saya tak ada di festival filem itu.

    Rusdi ditemui semasa di majlis tayangan perdana dan sidang media drama premium terbaharu Astro Originals yang berjudul FRAMED di DADI Cinema, Pavillion Bukit Bintang, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

    ALSO READ:  Farah Lee Berkecil Hati Pengurusan Dana Dipersoal, Dedah Sumber Pendapatan Lain – ‘Tak Semua Buat NGO Untuk Kaya’

    Selain Rusdi, drama ini turut dibintangi oleh barisan pelakon hebat antaranya Mimi Lana, Meerqeen, Vanida Imran, Khir Rahman, Nam Ron, Zamarul Hisham, Sangeeta Krishnasamy, Riz Amin dan ramai lagi.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts