Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentRuzaidi Abdul Rahman Belum Nampak Pelapis Pelakon Filem Aksi – ‘Harap Badan...

    Ruzaidi Abdul Rahman Belum Nampak Pelapis Pelakon Filem Aksi – ‘Harap Badan Saja Sado, Tapi Tak Boleh Berlawan’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Pelakon, Ruzaidi Abdul Rahman berpendapat bahawa masih belum ada pelakon di dalam industri perfileman negara yang boleh menjadi aktor aksi lasak yang bagus.

    ‘Lembik dan kayu’

    Ketika ditemui , Ruzaidi, 59, berkata, melalui pemerhatian yang dibuat, ramai pelakon lelaki yang melakonkan aksi lasak tidak mempunyai fizikal dan tahap kecergasan yang bagus.

    Tambah pelakon yang terkenal menerusi filem ‘Jibon’ ini, kebanyakan daripada mereka juga hanya bersandarkan pada rupa paras yang ada semata-mata.

    Baru-baru ini saya diminta untuk melakukan koreografer untuk babak aksi, pelakonnya memang ‘sado’ tetapi tak boleh bertumbuk dan berlawan.

    Saya kecewa melihat pelakon baharu itu. Badan cantik, muka dah kacak tetapi tak boleh berlawan. Dia kena buat juga aksi perlawanan itu tapi tak cantiklah.

    Betapa susahnya saya nak mengajar dia berlawan. Semua teknik asas mempertahankan diri pun dia tak boleh buat.

    Ruzaidi berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada majlis tayangan perdana dan sidang media bagi filem ‘Pungut’ yang diadakan di GSC Mid Valley, baru-baru ini.

    Dalam pada itu, Ruzaidi berpendapat bahawa kekurangan pelapis aktor aksi lasak akan membuatkan industri perfileman negara sukar untuk bersaing dengan filem luar seperti Hong Kong dan Hollywood.

    Belum nampak lagi bakatnya, kalau ada pun ia nampak seperti dibuat-buat.

    Tiada yang kita letak terus jadi, nampak banyak yang dibuat-buat sahaja. Tapi itulah yang ramai agung-agungkan.

    Macam mana kita nak bersaing dengan Hong Kong, Hollywood?.

    Sekadar info, Ruzaidi tampil menerusi filem terbaharu lakonannya yang berjudul ‘Pungut’ dengan memegang watak sebagai ‘Salleh’

    Selain Ruzaidi, filem ‘Pungut’ ini turut dibintangi Aman Graseka, Fad Anuar, Megat Sharizal dan ramai lagi.

    ALSO READ:  [VIDEO] Rugi Lebih RM500,000, Isa Isarb Batal Program ‘Challenge’ Selepas Dikecam – ‘Salah Tetap Salah, Saya Akan Ambil Pengajaran’

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,248FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts