Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Wednesday, December 25, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentRyan Bakery Pertama Kali Sambut Hari Raya Sebagai Bapa, Akui Susah Nak...

    Ryan Bakery Pertama Kali Sambut Hari Raya Sebagai Bapa, Akui Susah Nak Cari Baju Sedondon Dengan Anak

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Pempengaruh media sosial, Ryan Bakery berkongsi persiapan sebagai ibu bapa untuk menyambut hari raya Aidilfitri bersama cahaya mata pertama iaitu Ryan Ezra.

    Artikel berkaitan: ‘Orang Perak Memang Macam Tu’ – Ryan Bakery Beri Penjelasan Didakwa Panggil Anak ‘Gila’

    Artikel berkaitan: Ryan Bakery Pulangkan Bayaran Jenama Diboikot, Mahu Keberkatan Dalam Rezeki

    Pertama kali beraya sebagai ibu bapa

    Menurutnya, dia akui menjadi ibu bapa bukan satu tanggungjawab yang mudah dan masih dalam proses pembelajaran.

    Satu kelainan sebab tahun lepas beraya sebagai suami isteri, tahun ni kami beraya sebagai mak ayah pula.

    Mencabar juga sebab kami pertama kali jadi mak ayah, anak meragam kita tak tahu kenapa dia menangis jadi kami sekarang dalam proses pembelajaran.

    Baru lah saya tahu orang kata selamat datang ke alam mak ayah ni memang mencabar. Tapi anak ini cepat membesarkan jadi inilah pengalaman yang kami dapat.

    Mula-mula belajar dengan mak ayah kami sekarang kami dah boleh mengendalikan sendiri.

    Berkongsi tentang sambutan hari raya, tahun ini Ryan akan menyambut hari raya pertama di Melaka iaitu kampung sebelah isterinya, Elyia Ibrahim.

    Raya tahun ni di Melaka sebelah isteri saya selama dua hari dan balik ke Pahang untuk dua hari juga jadi cuti beraya kami empat hari.

    Yang mencabar nak cari baju raya sedondon dengan anak. Tema warna ada tiga iaitu ikut warna kampung. Kampung Melaka warna navy blue, kampung Pahang warna purple dan warna burgundy.

    Dalam pada itu, Ryan bersyukur dapat berkongsi rezeki dengan keluarga dan turut merancang untuk mengadakan rumah terbuka buat rakan-rakannya semua.

    Dulu kita yang menerima duit raya sekarang kita pula memberi. Alhamdulillah dapat kongsi rezeki dengan keluarga dan dapat perbaiki rumah ibu bapa serba sedikit di kampung.

    Kami insya-Allah rancang nak buat rumah terbuka. Kami pun baru berpindah ke Puncak Alam sejak bulan November tahun lepas.

    ALSO READ:  Ali XPDC Dah Boleh Bernafas Seperti Biasa, Tak Perlu Bantuan Oksigen

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts