Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, September 30, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentRyzal Ibrahim Kesal Rumah Tangga Difitnah Untuk Tarik Pembeli Tekan ‘Link’-“Maka Awak...

    Ryzal Ibrahim Kesal Rumah Tangga Difitnah Untuk Tarik Pembeli Tekan ‘Link’-“Maka Awak Dah Dapat Dosa…”

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Pempengaruh media sosial, Ryzal Ibrahim meluahkan rasa berang terhadap tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab melemparkan fitnah di media sosial untuk menarik perhatian orang ramai mengklik pada pautan yang disediakan.

    Ryzal, menerusi tangkap layar yang dimuatnaik di Insta Stories, memaparkan tindakan pihak terlibat yang memuatnaik wajah isterinya, Maryam yang sedang menangis selain memfitnah rumah tangga mereka yang seolah-olah berada dalam pergolakan.

    “Maryam menangis. rupanya sudah setahun pendam. Ini yang berlaku antara dia dan suami.”-tulis pihak yang tidak bertanggungjawab di media sosial

    “Sesetengah Orang Mungkin Tak Tekan ‘Link’ Tu Tapi Kebanyakannya Akan Baca Tajuk…”

    Tidak berdiam diri, Ryzal meluahkan rasa kesal terhadap fitnah yang dilemparkan kepadanya dan isteri sebagai bahan untuk menarik pembeli menekan pada pautan yang disediakan.

    “Awak nak berniaga Shopee sekalipun jangan sampai fitnah rumah tangga orang sebagai modal untuk tarik pembeli.

    Sesetengah orang mungkin tak tekan link tu tapi kebanyakan akan baca tajuk dan buat andaian sendiri.

    Kalau pun kandungan berita itu benar, maka awak dah dapat dosa mengumpat dan kalau tak betul dapat dosa fitnah.

    Dan ingatlah Rasulullah dalam hadis yang diriwayatkan Huzaifah: Tidak masuk syurga orang yang menyebarkan fitnah (mengadu domba).”- tulis Ryzal di Instagram

    Sekadar info, Ryzal dan isterinya, Maryam mendirikan rumah tangga pada 2019 di Korea Selatan sebelum pasangan ini kembali ke Malaysia pada 2020.

    Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, iaitu Rina.

    Related articles

    Follow Us

    20,237FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts