Umum mengetahui, pelakon dan penyanyi, Alif Satar kini sedang rancak menjalankan gerakan untuk menunaikan solat subuh secara berjemaah, ‘Geng Subuh Macam Jumaat’.
Inisiatif yang dijalankan sejak Disember Disember 2021 itu bertujuan untuk menggalakkan umat Islam untuk menunaikan solat subuh secara berjemaah dan memeriahkan perkarangan masjid seperti waktu solat Jumaat.
Ada Yang Kurang Senang Dengan Usaha Murni Alif?
Walaubagaimanapun, terdapat individu yang kurang senang dengan usaha murninya itu, malah ada yang menyifatkan pihak terlibat hadir solat berjemaah hanyalah semata-mata untuk bertemu dengan pelakon berkenaan.
“Kesian. Nak sembah tuhan pun perlukan influenza. Tak tahu mana satu tuhan. Gi masjid sebab ada Alif Satar dengan Khairul Aming?.”-ciapan seorang netizen di X
“Biar Dikeji Berbuat Baik Daripada…”
Tidak berdiam diri, personaliti media sosial, Ryzal Ibrahim tampil mempertahankan Aliff dengan menegaskan bahawa adalah lebih baik dikeji melakukan kebaikan berbanding melakukan perkara yang sia-sia seperti individu terlibat.
“Biar dikeji berbuat baik daripada dikeji berbuat perkara yang sia-sia macam pengguna X tu. Kita doakan pengguna X tu turut serta dalam jemaah subuh juga.”-komen Ryzal di Instagram
Tambahnya lagi, dia turut menitipkan ucapan terima kasih buat Aliff yang berjaya mencetuskan fenomena positif berkenaan dan memuji sikap penyanyi itu yang sangat merendah diri biarpun mendapat pujian ramai dengan kempen ‘Geng Subuh Macam Jumaat’.
Buat baik dihina, buat jahat lagi lah dihina orang. Apa komen anda?