Pempengaruh media sosial terkenal dari Indonesia, Saal Haerid merangkul 2 anugerah pada malam All Asia Influencers Award (ASIA) 2024.
Anugerah utama
Anak kelahiran Indonesia itu, mengungguli anugerah utama All Asia Influencers Award (ASIA) 2024, sekaligus melakar sejarah dengan membawa pulang hadiah wang tunai bernilai AS$10,000 (RM44195.04), trofi eksklusif, dan pakej percutian mewah ke Dubai.
Saal juga meraih anugerah bagi kategori Ciptaan Kandungan Terbaik yang melayakkannya membawa pulang trofi dan wang tunai berjumlah AS1,000 (RM4419.5).
Manakala, Abyan Calief yang juga dari Indonesia merangkul tempat kedua dan Imranul Effendi dari Malaysia membawa pulang trofi, wang tunai AS3,000 (RM13258.51) dan percutian ke Dubai.
Herony dari Filipian memenangi anugerah bagi kategori Suntingan Terbaik manakala karya Ulasan Makanan Terbaik pula dimenangi oleh pempengaruh Indonesia, Abyan Calief yang mendapat pengiktirafan atas kreativiti dan keunikan kandungannya.
Kategori Penyampai Cerita Terbaik menyaksikan kemenangan Berliana dari Indonesia, manakala anugerah Pilihan Orang Ramai yang menjadi antara kategori paling dinantikan jatuh kepada Ananda Natasha, juga dari Malaysia, hasil undian peminat dan pengikut.
Kemenangan besar buat pemenang ini diumukan pada malam gala ASIA2024 yang berlangsung di Hotel Flamingo, malam tadi.Ā
Majlis dijayakan dengan dua personaliti popular, Dina Nadzir dan Asyraf Nasir yang memeriahkan suasana dengan pengacaraan luar biasa mereka.
ASIA 2024 catat sejarah
Pengerusi ASIA2024, Datuk Abd Rahman Soltan menjelaskan acara ini bertujuan mempromosikan tiga elemen utama pelancongan tempatatan iaitu kebudayaan, lokasi menarik dan bersejarah, serta makanan melalui platform media sosial sekaligus meningkatkan pendapatan negara.Ā
ASIA2024 mencatat sejarah dengan 254 juta penonton kandungan di media sosial menggunakan tanda pagar AllStarInfluencerAward2024 sepanjang program berlangsung.
ASIA 2024 menampilkan konsep unik dengan mengetengahkan tema Visit Malaysia 2026, peranan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025, World Tourism Day Melaka dan Visit Melaka 2024.
Majlis ASIA2024 itu dirasmikan oleh Pengerusi Tourism Malaysia, Datuk Dr Yasmin Mahmood serta turut hadir Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA), Datuk Ahmad Shabery Cheek.Ā
Pada malam itu, lebih 60 pempengaruh medial sosial dari Jepun, Taiwan, China, Vietnam, Indonesia, Thailand, Korea Selatan dan Filipina hadir bagi menyerikan lagi malam berprestij itu.
Konsep tahun ini juga memberi fokus kepada Melaka sebagai destinasi utama, di mana peserta berpeluang mempelajari kebudayaan perkahwinan Melayu di Melaka.
Juri yang terlibat sangat arif dalam menentukan kaedah pemilihan pemenang terbaik, dan pihak pengurusan tidak campur tangan atau bersikap pilih kasih. Sejak awal lagi, kami tekankan bahawa pemarkahan dilakukan secara adil.
Bella Astillah, Yonnyboii, dan kumpulan 53 Studio turut hadir bagi menghiburkan para hadirin dengan persembahan memukau mereka.Ā
Sebanyak 13 kategori anugerah disampaikan kepada individu dan kumpulan yang telah memberi impak besar dalam dunia media sosial di peringkat Asia pada malam berprestij tersebut.Ā
Majlis dianjurkan oleh Aston Creative dengan tujuan meraikan bakat dan kreativiti dalam penghasilan kandungan digital.