Pelakon Sabri Yunus mengakui bahawa dia tidak pernah membuat persiapan hari raya sejak dahulu lagi.
Tak pernah tukar langsir
Menurut Sabri, sejak kematian isterinya, Noraya Mohd Yusuf pada tahun 2007, dia hanya meraikan Aidilfitri bersama tiga anak dan menantu sahaja.
Namun begitu, pelakon ‘Pi Mai Pi Mai Tang Tu’ ini berkata, tahun ini agak berbeza karana dia sudah mempunyai isteri, Ardini Angeline Tan. Ujar Sabri, mereka bakal meraikan Hari Raya Aidilfitri buat pertama kali sebagai pasangan suami isteri di Kelantan.
Tentunya rasa lebih teruja sebab kali ini bukan saya seorang sahaja ada isteri, anak-anak juga ada emak. Dan adik beradik saya ada kakak ipar, mak saya ada menantu.
Bermakna hari raya bukan sahaja buat kami berdua tapi juga buat keluarga. Saya memang berniat nak balik beraya di Kelantan. Rasanya kemeriahan itu biasa.
Tapi kemeriahan rasa sebenarnya yang dirasai kami. Saya bawa isteri saya ke rumah saya, Angeline Tan, seorang orang Cina Malaysia. Kalau Cina dari negara China mungkin ada masalah.
Disoal mengenai persiapan yang dilakukan, Sabri memberitahu isterinya seorang yang mudah dan boleh makan apa sahaja masakan orang Melayu.
Saya tak beli apa-apa sangat persiapan untuk sambut hari raya kerana akan memakai baju yang belum atau jarang dipakai sebelum ini. Hari raya bukan alasan untuk berbelanja besar.
Saya akan beraya dengan anak-anak dahulu. Selepas itu barulah akan bertolak ke Kelantan. Anak-anak juga akan turut serta menaiki kenderaan masing-masing.