Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentSafee Sali Jawab Tomahan Netizen Kata Bekas Isteri Terima Kifarah – ‘Setiap...

    Safee Sali Jawab Tomahan Netizen Kata Bekas Isteri Terima Kifarah – ‘Setiap Orang Ada Masa Lampau’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Safee SaliSafee Sali

    Bekas pemain bola sepak kebangsaan, Safee Sali menyatakan dirinya sentiasa terbuka untuk mengadakan perbincangan dengan bekas isteri, Fitria Elfina Maharip berhubung konflik rumah tangga mereka.

    ‘Ada meja perundangan’

    Safee SaliSafee Sali

    Ketika ditemui Safee berkata dia juga berharap agar bekas isteri tidak terlalu berkongsi sebarang masalah atau luahan perasaan di media sosial.

    Saya hanya boleh kawal diri saya sahaja, pihak luar saya tidak boleh kawal. Saya berharap kes dapat diselesaikan dengan cara baik. Saya juga sentiasa terbuka untuk sebarang perbincangan.

    Media sosial bukan tempat penyelesaian, ada meja perundangan di hadapan hakim dan saksi yang lebih baik.

    Kes sulh boleh diadakan pada bila-bila masa, saya ada sahaja di Lembah Klang dan tidak lari ke mana-mana. Saya sentiasa terbuka untuk perbincangan. Di Malaysia ada proses undang-undang dan prosedur yang perlu dituruti.

    Safee berkata demikian ketika ditemui pada majlis Tayangan Perdana Program Raya Astro 2024 yang diadakan di Le Meridein Hotel, Petaling Jaya, pada Rabu.

    Sementara itu, diminta mengulas mengenai tomahan yang dilemparkan segelintir pihak mengatakan apa yang terjadi adalah balasan atau kifarah kepada bekas isteri, Safee menjawab setiap manusia pernah melakukan kesilapan.

    Setiap orang ada masa lampau dia sendiri, tidak perlu terlalu toleh ke belakang. Apa yang terjadi biarkan terjadi, move on sahaja.

    Pendirian saya, semalam adalah sejarah. Hari ini lakukan yang terbaik dan esok belum tentu ada lagi hari untuk kita.

    Sekadar info, Safee mendirikan rumah tangga dengan warga Indonesia, Fitria Elfina pada 21 Disember 2013 dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan. Pasangan itu sah bercerai talak dua pada 26 Mac lalu.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts