Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Saturday, September 28, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentSah Bercerai Lepas Hampir 3 Tahun Kahwin, Yasmine Ow Syukur Dapat Hak...

    Sah Bercerai Lepas Hampir 3 Tahun Kahwin, Yasmine Ow Syukur Dapat Hak Jagaan Anak

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Pempengaruh, Yasmine Ow akhirnya sah bercerai dengan pelakon Indonesia iaitu Aditya Zoni selepas hampir tiga tahun mendirikan rumah tangga.

    Yasmine Ow, Aditya sah bercerai

    Sebelum ini, rumah tangga pasangan ini dikatakan mula bergolak sejak tahun 2022 dan Yasmine dikhabarkan telah memfailkan perceraian terhadap Aditya. Namun tiada sebarang kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh kedua-dua pihak.

    Namun baru-baru ini, Tribunnews melaporkan bahawa Yasmine dan Aditya telah sah bercerai mengikut hukum syarak. Difahamkan, keputusan perceraian itu dibacakan oleh Pengadilan Agama Cibinong secara atas talian (ecourt).

    Selain sah bercerai, Yasmine juga telah mendapat hak asuhan anak tunggal mereka iaitu Zayn Serdar Enver Warman.

    Menerusi hantaran di Instagram Story (IGS), Yasmine atau nama sebenarnya Yasmine bin Omar mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang sentiasa memberi sokongan kepadanya.

    Jujur, dengan adanya kemenangan ini bukanlah sesuatu yang harus dibanggakan atau diraih kerana Allah benci dengan perceraian tetapi inilah jalan hidupku dan saya ikhlas.

    Saya berharap adan berdua kalian boleh faham keputusan saya dan izinkan saya meneruskan kehidupan bersama Zayn. Saya nak fokus untuk menjalankan kewajipan sebagai ibu bapa Zayn.

    Sementara itu, Yasmine berpendapat dan percaya bahawa ibu adalah insan yang paling terbaik untuk membesarkan anak-anak.

    Sekadar info, Aditya Zoni dan Yasmine Ow berkahwin pada Disember 2021 dan hasil perkahwinan tersebut, pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Zayn Serdar Enver Warman berusia 2 tahun.

    Hantaran IGS

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,238FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts