Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Thursday, September 19, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentSahabat Seperjuangan Bantu Ali XPDC Menerusi Konsert Amal

    Sahabat Seperjuangan Bantu Ali XPDC Menerusi Konsert Amal

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Penyanyi Mohd Ali Ismail atau lebih mesra dengan panggilan Ali Terra Rossa dan Ali XPDC Militia sedang berdepan dengan beberapa masalah kesihatan antaranya angin ahmar, masalah jantung dan beberapa penyakit lain.

    Kehidupan harian terjejas

    Berikutan daripada itu, Ali sukar untuk aktif menyanyi dan terpaksa berehat di rumah sehingga benar-benar sembuh, manakala tempatnya sebagai vokalis XPDC Militia kini diambil alih sementara oleh Zul Fazli atau Mamu.

    Meskipun tabah dengan ujian yang menimpanya, apa yang berlaku sedikit sebanyak menjejaskan kehidupan seharian Ali terutamanya dari segi pendapatan keluarga.

    Justeru, atas semangat setiakawan dan prihatin, sahabat-sahabat seperjuangan Ali terpanggil untuk meringankan sedikit sebanyak bebanannya dengan menganjurkan Konsert Amal Ali Terra Rossa.

    Konsert ini diilhamkan oleh sahabat lama Ali, yang juga pemain drum kumpulan pertama Ali bernama Kid Power iaitu Fuad Syahrin, sementara Attah Music dengan kerjasama Mentari Merah Entertainment bertindak selaku penganjur.

    Menurut Fuad, konsert yang menggunakan modal mereka sendiri sememangnya dianjurkan bertujuan membantu Ali sepenuhnya.

    Ia menampilkan barisan artis antaranya kumpulan Terra Rossa, Aju Success, Hatta & RockapaK Band, Korie dan Kroll dengan iringan band Cherish 2000.

    Turut tampil memeriahkan suasana ialah penampilan khas legenda muzik tanah Datuk Malek Ridzuan.

    Manakala antara lagu-lagu yang akan dibawa nanti termasuk lagu-lagu dari album Terra Rossa seperti Bunga Angkasa, Gering, Kehendaknya, Ratapan Memori Usang, Parasit Cinta Di Sula serta lain-lain termasuk dari album solo Ali seperti Kasih dan banyak lagi.

    Kumpulan pertama Ali ialah Witness dan lagu yang sering dinyanyikan ialah lagu Search, Scorpions, Wings & Iron Maiden. Nash, Malek Ridzuan dan artis lain pula akan mendendangkan satu atau dua lagu dari album masing-masing.

    Untuk sumbangan pada Ali, kami harapkan jualan tiket yang menggalakkan dari peminat untuk sama-sama menyumbang.

    Sokongan peminat peminat muzik tanah air amatlah diharapkan untuk menjayakan usaha murni ini dengan pembelian tiket Konsert Amal Ali Terra Rossa.

    Konsert ini pasti menghiburkan dengan persembahan lagu lagu pop, nostalgia hits balada, irama rock dan sebagainya yang masih segar serta berterusan menambat perhatian para pendengar.

    Tambah Fuad, dia berharap peminat dapat hadir memeriahkan Konsert Amal Ali Terra Rossa ini.

    Ingatan, sokongan dan doa-doa anda amatlah disanjung tinggi. Anda juga berpeluang untuk menyantuni, beramah mesra dan bergambar bersama artis-artis yang terlibatsebelum dan selepas  persembahan konsert nanti.

    Kami juga sedang cuba mendapatkan sumbangan tajaan untuk diserahkan kepada Ali serta wang tajaan ini juga digunakan untuk membayar dewan persembahan dan para kru yang terbabit,

    Konsert Amal Ali Terra Rossa akan berlangsung pada Sabtu, 28 September di Warisan Hall Studio, Sijangkang.

    ALSO READ:  [VIDEO] Zamani Dedah Hampir Tarik Diri Dari Program Nyanyian – ‘ Benda Itu Jadi Tiba-Tiba, Suara Saya Tak Keluar’ 

    Tiket berharga RM100.00 seorang dan boleh didapati melalui (MM 019-2407994), (Fuad 012-7363322), (Chip Malaya 019-6947784), (Kuna 016-8050202) dan (Linda 019-2333435).

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts