Usahawan sensasi, Nur Sajat sentiasa menjadi bualan netizen apabila sering memuatnaik foto dirinya yang hanya menggayakan pakaian dalam wanita atau bikini.
Baru-baru ini, Sajat kembali mencuri perhatian netizen selepas berkongsi beberapa foto dirinya yang mengenakan bikini hitam ketika berjemur di Pantai Bronte, Sydney, Australia.
“The funniest thing about Valentine’s Day this year is my love life🌹.”-kapsyen Sajat di Instagram
View this post on Instagram
Body Sajat Dipertikai Netizen?
Walaubagaimanapun, salah seorang netizen dilihat memberikan komen, yang mempertikaikan bahawa tubuh badan Sajat tidak menyerupai tubuh seorang wanita yang sebenar.
“Ikhlas cakap Sajat, body tu bukan body perempuan sebenar. Tak real Jat. Tak menjadi tu. Tutuplah semula elok-elok tubuh badan. Pakai biasa-biasa dan kembalilah ke pangkal jalan Jat. You can do it. InsyAllah.”-komen salah seorang netizen di Instagram
“Kita Nak Jadi Pondan Cantik..”
Tidak berdiam diri, Sajat membidas komen netizen berkenaan dengan menyatakan dirinya mahu menjadi seorang pondan yang cantik.
“Ini body pondan ngok. Ko ini pun macam tak habis belajar! Sapa nak jadi perempuan..Kita nak jadi pondan cantik! Dah dah lah. Pi sana jauh jauh!.”-bidas Sajat
Terdahulu, Sajat pernah mendapat kritikan netizen selepas memuatnaik foto bikininya di Instagram yang disifatkan tidak menghormati bulan mulia di saat umat Islam sedang menunaikan ibadah Haji serta Wuquf di padan Aradah pada akhir Jun 2023.
Apa komen anda?