Perkongsian di platform X milik pempengaruh media sosial, Nursajat mencuri perhatian selepas dia memuat naik ciapan berhubung pendedahan seorang wanita yang mengaku kekasih kepada aktor Aliff Aziz.
Ramalan Sajat tepat!
Menurut Sajat, ramalan yang dilakukan sebelum ini mengatakan Aliff memiliki lebih daripada 11 orang ‘kekasih gelap’ adalah benar belaka.
Malah, dia berseloroh mengatakan sudah membuat tilikan nasib pada aktor berkenaan.
Aku dah kata kan, yang kantoi 11 orang. Itu dalam sistem, yang tiada dalam sistem korang tak nampak kan?
Aku dah cakap korang yang tak nak percaya. Aku dah tilik dah!
Perkongsian tersebut telah menuai pelbagai reaksi wargamaya yang rata-ratanya terhibur dengan ciapan itu.
Dalam masa sama, ada juga yang mengatakan mulut Sajat ‘masin’ kerana apa yang dikatakan sebelum ini benar-benar berlaku.
Terdahulu, seorang wanita yang dikenali sebagai Sarah Yasmine mendedahkan dirinya ‘kekasih gelap’ kepada Aliff dan mendakwa mereka sudah menjalin hubungan cinta sejak Januari lalu.
Menurut Sarah, dia berani melakukan pendedahan itu kepada umum selepas melihat Aliff teruk dikecam susulan kontroversi ditangkap berkhalwat dengan seorang aktres pada Mac lalu.
Lebih mengejutkan lagi, wanita itu mendakwa aktres yang ditangkap khalwat bersama Aliff telah menghasut aktor berkenaan untuk menjatuhkan Bella. Malah, dia mendakwa mempunyai segala bukti perancangan yang dilakukan aktres terbabit.
Dakwanya lagi, aktres yang dimaksudkannya itu merupakan dalang utama atau ‘mastermind’ dalam rancangan untuk melihat Bella ‘tersungkur’.