Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment“Sajat Sebenarnya Sakit Kanser, Tunggu Mati Sahaja”- Khuatir Tidak Sempat Minta Maaf,...

    “Sajat Sebenarnya Sakit Kanser, Tunggu Mati Sahaja”- Khuatir Tidak Sempat Minta Maaf, Sajat Mohon Ampun Secara Terbuka

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Setiap orang pasti mempunyai kisah silam tersendiri. Adakalanya kenangan lama itu melibatkan kisah hitam hingga sukar dilupakan.

    Namun, untuk menceritakan aib diri kepada orang, tidak sama sekali. Apa tidaknya, Islam melarang umatnya membuka aib tidak kiralah aib orang lain mahupun diri sendiri.

    Meskipun demikian, kadangkala masa lalu menggamit kenangan pahit hingga terbawa-bawa ke hari ini. Apatah lagi jika kita pernah melakukan kesilapan dan dosa kepada individu lain.

    Barangkali ada dalam kalangan kita pernah menyakiti hati kenalan sendiri hingga mengaibkannya.

    Berbahas soal ini, baru-baru ini usahawan kosmetik Malaysia yang melarikan diri ke Sydney, Australia, Nur Sajat mengejutkan orang ramai apabila mendedahkan dirinya menghidap penyakit kanser.

    Bagaimanapun, Sajat tidak mendedahkan secara terperinci mengenai penyakit yang dihidapinya.

    Sajat berkongsi mengenainya menerusi sesi siaran langsung yang disunting di aplikasi TikTok.

    Dia juga memohon maaf kepada pengikutnya dan turut meminta mendoakannya terus sihat.

    “Sajat sebenarnya sakit kanser. Tunggu mati sahaja. Kalau saya tak sempat minta maaf, saya minta maaflah. Sedih sangat.

    “Kalau saya pernah mengata, maki atau sebagainya, saya minta maaflah. Kalau terhutang, minta maaflah ya.

    “Nak kata saya katalah, tapi doakanlah saya sihat,” katanya yang juga tidak dapat menahan sebak menerusi sesi ‘live’ berkenaan.

    Menjengah ruangan komen, orang ramai turut memohon maaf kepada Sajat dan mendoakan kesembuhan dirinya.

    Menerusi sesi berbeza, Sajat berkata, dia tidak pernah mengganggu atau menyusahkan orang lain meskipun menghidap penyakit kanser.

    Sajat harap netizen tidak bersedih kerana dia tetap akan terus menghiburkan pengikutnya biarpun berdepan dengan kesakitan.

    Suntingan sesi siaran langsung itu banyak dikongsi di aplikasi TikTok dan orang ramai turut meluahkan perasaan simpati terhadapnya.

    Puteri Alia
    Puteri Alia
    Mencari ada apa di sebalik KISAH dunia & lokal.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts