Selepas empat tahun terpisah, usahawan kontroversi dan pempengaruh Nur Sajat meluahkan rasa syukur apabila dapat berjumpa kembali dengan dua anaknya, Syaza dan Syahmi.
‘Bersatu kembali’
Menerusi perkongsian di Instagram, Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruzzaman, berkata, dia gembira dapat berkumpul semula dengan keluarga kecilnya.
Akhirnya… kami bersatu kembali.
Bagaimanapun, Sajat tidak mendedahkan secara terperinci lokasi dan detik pertemuan dengan anak-anaknya.
Menerusi hantaran sama, Sajat turut berkongsi beberapa swafoto bersama Syaza dan Syahmi buat tontonan umum.
Dalam pada itu, Sajat turut menggunakan lagu berjudul Bicara Manis Menghiris Kalbu nyanyian Datuk Seri Siti Nurhaliza sebagai muzik latar.
Menjengah ke ruangan balas, rata-rata wargamaya turut menumpang gembira melihat mereka kembali bersatu.
Malah tidak kurang juga yang mendoakan agar mereka kelal bersama dan bahagia selamanya.