Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, January 24, 2025
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment‘Sakit Weh Kena Makan Dengan Ayah Sendiri Dari Umur 4 Tahun Sampai...

    ‘Sakit Weh Kena Makan Dengan Ayah Sendiri Dari Umur 4 Tahun Sampai Tingkatan 3..’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    mangsa rogol.mangsa rogol.

    Sekadar gambar hiasan

    Baru-baru ini, seorang gadis mendakwa pernah melalui pengalaman pahit dalam hidupnya apabila menjadi mangsa gangguan seksual oleh bapa kandungnya sendiri.

    ‘Sakit weh kena makan dengan ayah sendiri’

    remaja dirogolremaja dirogol

    Sekadar gambar hiasan

    Menerusi entri yang dikongsikan di TikTok, wanita ini mengakui keliru bagaimana cara untuk memberitahu si ibu tentang perbuatan jijik suaminya itu.

    Menurut gadis ini, mereka melaporkan kepada pihak polis namun pihak berkuasa tidak mampu mengambil apa-apa tindakan kerana tiada bukti selain pada ketika itu, dia sebagai mangsa tidak mendedahkan kejadian sebenar yang berlaku.

    Ujar gadis ini, dia bimbang bapanya akan melakukan sesuatu yang buruk kepada ibunya sekiranya dia melaporkan perbuatan itu kepada pihak polis.

    Sebenarnya saya dah beritahu mama tapi mama pilih untuk buat laporan di balai. Bila polis tu tanya tentang papa, saya jelaskan tapi benda yang salah. Saya cakap ‘papa masuk bilik saya tanpa buat apa-apa’.

    Padahal dia dah sentuh saya tapi saya tak cakap apa-apa sebab saya takut nanti papa buat apa-apa dekat mama.

    Disebabkan itu, polis tak boleh buat apa sebab dia nak bukti then sekarang saya dah tak duduk dengan papa. Patut ke saya beritahu mama?

    Dakwa gadis ini lagi, dia menjadi mangsa gangguan seksual oleh bapa kandungnya sendiri sejak berusia empat tahun sehingga umurnya mencecah 15 tahun.

    Sakit weh kena makan dengan ayah sendiri, dari kecil umur 4 tahun sampai tingkatan 3. Tapi lepas saya kena saya diam, saya pula jenis tak bercakap sangat dekat rumah.

    Netizen kongsi pengalaman sama

    rogolrogol

    Sekadar gambar hiasan

    Perkongsian itu telah mendapat pelbagai respon daripada netizen yang rata-ratanya berkongsi pendapat mereka berhubung perkara tersebut. Mereka menasihati gadis ini mengumpul bukti supaya bapanya itu terbukti bersalah.

    ALSO READ:  [VIDEO] Nora Danish Berjaya Sambung Bacaan Surah Al-Mulk Buat Netizen Kagum – ‘Tajwid Not Bad, Mesti Selalu Berdamping Dengan Al-Quran’

    Tidak kurang juga, ada di antara mereka turut berkongsi pengalaman sama yang dilalui apabila menjadi mangsa gangguan seksual oleh ahli keluarga sendiri.

    Kalau dia buat, awak jangan basuh dulu. Pergi hospital kemudian beritahu mereka. Nanti diorang akan tolong jadi awak ada bukti.

    Saya pernah kena dengan atuk. Masa tu saya tak tahu apa-apa sebab masih kecil, takut nak beritahu keluarga. Sampai sekarang saya rasa jijik dengan diri sendiri, umur dah masuk 30 tahun tapi masih belum berkahwin.

    Saya ada situasi yang sama tapi ayah tiri. Saya beritahu je mak bulan lepas tapi dia tak percaya. Saya masih duduk dengan ayah tiri, tak tahu nak buat apa dah. Saya berusia 13 tahun.

    Saya pernah kena cium dengan bapa saudara, masa tu umur 5 hingga 6 tahun. Masa tu ingatkan normal rupanya ciuman tu luar biasa. Sampai lidah masuk mulut, kalau ingat balik memang rasa geli.

    Aku ada trauma ni, ayah dengan abang. Dunia aku gelap.


    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts