Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment‘Salah Ke Minta Melutut? Dia Cakap Anak Aku Macam Dajjal, Muka Hisap...

    ‘Salah Ke Minta Melutut? Dia Cakap Anak Aku Macam Dajjal, Muka Hisap Batu’ – Isteri Caprice

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Farra InalisFarra Inalis

    Isteri kepada selebriti media sosial, Caprice iaitu Farra Inalis sedar dirinya dikecam selepas meminta seorang individu yang pernah menghina anak mereka untuk melutut memohon maaf di hadapannya.

    ‘Ramai ustaz, ustazah’

    Farra InalisFarra Inalis

    Menerusi hantaran di Instagram Story, Farra mempersoalkan adakah tindakannya itu salah dengan apa yang sudah dilakukan individu tertbabit yang sanggup menggelar anak mereka, Airiel Qashaf sebagai haiwan.

    Katanya, tiada mana-mana ibu yang sanggup melihat anak mereka dimaki selepas bertarung nyawa melahirkan cahaya mata.

    Ramai rupanya netizen bercita-cita nak jadi ustaz dengan ustazah. Sebab itu ramai yang berceramah. Yang korang bising sangat fasal isu melutut itu, apalah sangat melutut dengan apa yang pernah dia cakap dekat anak aku.

    Aku nak satu benda je dekat korang, cuba letak tempat korang dekat tempat aku sekarang. Aku berjuang sehabis daya sampai nak putus nyawa beranak, bukan senang tau. Tak sampai 40 hari, senang-senang nak dajalkan anak aku. Cakap anak muka hisap batu, muka macam babi.

    Ibu mana boleh tahan, mana aku nak cari kesabaran aku. Setinggi mana iman kau. Kau boleh sabar macam mana kalau orang cakap anak kau macam itu. Masih dalam pantang lagi tau. Salah ke kalau aku minta melutut?

    Sementara itu, menerusi satu lagi hantaran pada entri sama, Farra berkata setiap manusia mempunyai tahap kesabaran masing-masing.

    Aku manusia, sabar aku ada limit. Cukup baik dah melutut, ikut baran aku takut tertinggal gigi dekat KL. Maaf ya kalau bahasa aku agak kasar. Bagi aku bertenang.

    Terdahulu, seorang lelaki yang dikenali sebagai Irfan dibawa berjumpa dengan isteri Caprice, Farra Inalis untuk memohon maaf selepas mengeluarkan kata-kata hinaan kepada anak mereka.

    ALSO READ:  [VIDEO] Elliza AF3 Mengaku Pernah Jadi Mangsa Keganasan Rumah Tangga, 12 Tahun Sabar & Sara Keluarga

    Dalam rakaman yang dikongsikan di Instagram, Farra dilihat sedikit beremosi sebelum meminta individu terbabit melutut di hadapannya.

    Bagaimanapun, tindakan Farra telah menerima kecaman segelintir wargamaya dengan menyifatkan sebagai melampau.

    Untuk info, Caprice dan Farra mendirikan rumah tangga pada November 2022. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Airiel Qashaf yang dilahirkan pada Mac lalu.

    Farra juga mempunyai seorang cahaya mata perempuan bernama Aleesya Sofea hasil perkahwinan terdahulu.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts