Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Saturday, October 5, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment“Salah Seorang Mangsa Adalah Sepupu Suami Saya…”-Eyra Hazali

    “Salah Seorang Mangsa Adalah Sepupu Suami Saya…”-Eyra Hazali

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Negara hari ini dikejutkan dengan insiden nahas yang melibatkan pertembungan dua helikopter yang terdiri model HOM dan Fennec dalam latihan lintas hormat sempena sambutan Hari Ulang Tahun TLDM ke-90, pagi ini.

    Salah seorang mangsa daripada 10 mangsa yang terdiri daripada tujuh kru dan tiga penumpang yang maut itu merupakan ahli keluarga kepada pelakon, Eyra Hazali.

    “Salah Seorang Mangsa Adalah Sepupu Suami Saya…”

    Menerusi Insta Stories, Eyra menyatakan bahawa salah seorang mangsa iaitu LT Kdr Wan Rezaudeen Kamal bin Wan Zainal Abidin yang merupakan sepupu kepada suaminya, Haziq Nadzli turut menjadi mangsa terkorban dalam nahas berkenaan.

    “Al-Fatihah  kepada semua yang terlibat dengan kemalangan helikopter. Salah seorang mangsa adalah sepupu suami saya.

    Lt Kdr Wan Rezaudeen Kamal bin Wan Zainal Abidin.

    Semoga roh mereka ditempatkan di kalangan orang beriman.”-kongsi Eyra di Insta Stories

    Untuk info, sekitar jam 9.30 pagi ini, dua helikopter yang menjalani raptai Perbarisan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90 dilaporkan bertembung dan terhempas di Pangkalan TLDM Lumut, Perak, sehingga mengorbankan 10 mangsa yang terdiri daripada tujuh kru dan tiga penumpang.

    Dipetik dari laporan Harian Metro, mangsa yang terkorban dari HOM-AW139 dikenal pasti sebagai Kdr Muhammad Firdaus Ramli, Lt Kdr Wan Rezaudeen Kamal Wan Zainal Abidin, Lt Kdr Mohammad Amirulfaris, Mohamad Marzukhi, PW II TLR (AQM) Muhammad Faisol Tamadun, PW II TNL Noorfarahimi Mohd Saedy, BM TNL Noor Rahiza binti Anuar ( Penumpang), dan LK I JJM Joanna Felicia anak rohna.

    Manakala dari pesawat Fennec pula dikenal pasti Kdr Muhammad Amir Mohamad, Lt T Sivasutan dan PW II TMK Mohd Shahrizan Mohd Termizi.

    ALSO READ:  Situasi Bertambah Tegang Antara Bella Dan Ruhainies Apabila Puteri Sarah Muncul Dengan Ayat Berbaur Sindiran

    Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada mangsa yang terkorban…Al-Fatihah…

    Related articles

    Follow Us

    20,237FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts