Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentSalina Saibi Tak Sabar Nak Balik Beraya Di Kampung, Rindu Momen Berkumpul...

    Salina Saibi Tak Sabar Nak Balik Beraya Di Kampung, Rindu Momen Berkumpul & Tidur Beramai-Ramai Di Ruang Tamu

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Pelakon Salina Saibi mengakui tidak sabar untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga di kampung.

    Salina tak sabar balik beraya di kampung

    Ketika ditemui , Salina memberitahu dia bercuti selama 3 hari dan akan pulang beraya di kampung neneknya yang terletak di Kampung Gajah, Perak.

    Saya beraya di Kampung Gajah, Perak. Saya akan berada di kampung selama 3 hari dua malam. Selepas itu, kalau persediaan tu macam biasalah. Kami akan masak beramai-ramai, tidur beramai-ramai dengan adik beradik. Itu yang kami tak sabar dan memang nantikan.

    Ujar pelakon berusia 42 tahun itu lagi, dia akui rindu untuk merasai momen-momen hari raya termasuk berkumpul bersama seluruh keluarga dan saudara mara.

    Rumah nenek besar tapi tak banyak bilik. Jadi kami yang balik kampung ni akan tidur beramai-ramai di ruang tamu. Kalau waktu mandi pun sama, memang akan ambil giliran sebab ramai kan. Suasana raya kami memang style kampung.

    Terdahulu, Salina menolak dakwaan kononnya dia melakukan pembedahan kosmetik untuk kelihatan cantik. Sebaliknya menjelaskan bahawa dia mengamalkan cara semula jadi untuk menjaga penampilan tanpa membabitkan prosedur melampau.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts