Pada tahun 2016, pelakon Salman Khan dan Anushka Sharma telah bekerjasama dalam sebuah filem blokbuster ‘Sultan’. Walaupun filem tersebut mendapat sambutan yang sangat hebat di seluruh dunia, adakah kamu tahu promosi filem ini telah mendapat kritikan hebat?
Ketika mempromosikan filem ‘Sultan’, Salman Khan telah membuat komen sepintas lalu, di mana dia membandingkan latihan gustinya dalam salah satu adegan filem itu sangat meletihkan. Dia menggambarkan perasaan tersebut dengan “seperti wanita dirogol”.
Mendengarkan komen oleh Salman ini telah membuatkan ramai yang berasa marah termasuklah peminat dan rakan selebriti kerana tidak bersikap sensitif.
Manakala heroin ‘Sultan’, Sharma Anushka menggelar komen Salman sebagai tidak sensitif dan mengakui dia agak terkejut dengan pemilihan ayat pelakon itu.
Ketika ditanya sama ada dia fikir Salman perlu meminta maaf, Anushka menyifatkan dia sebagai “menakutkan” dan seorang yang suka “melakukan hal sendiri”.