Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentSambutan Hari Ulang Tahun Ke-90 TLDM Dibatalkan, Diganti Majlis Tahlil Serta Doa...

    Sambutan Hari Ulang Tahun Ke-90 TLDM Dibatalkan, Diganti Majlis Tahlil Serta Doa Buat 10 Wajah Wira Negara Ini

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Sambutan Ulang Tahun Perbarisan Hari Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Ke-90, yang sepatutnya berlangsung pada Sabtu ini, digantikan dengan majlis tahlil dan doa selamat selepas tragedi yang mengejutkan.

    Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, mengumumkan pembatalan tersebut selepas mendapat perkenan dari Sultan Selangor, Sharafuddin Idris Shah, yang juga Kapten Kehormat TLDM.

    Pembatalan ini berlaku selepas dua helikopter TLDM bertembung semasa raptai lintas hormat sempena sambutan ulang tahun tersebut di Pangkalan TLDM Lumut, Perak.

    Tragedi tersebut mengorbankan sepuluh mangsa, termasuk tujuh kru dan tiga penumpang dari dua helikopter yang berlepas dari Padang Sitiawan, Perak.

    Menurut laporan media, kedua-dua helikopter dipercayai bertembung ketika hendak membentuk formasi penerbangan raptai lintas hormat.

    Akibat pertembungan itu, kedua-dua pesawat kehilangan kawalan dan terhempas, dengan satu mendarat di tangga Stadium TLDM Lumut dan satu lagi di kolam renang Kompleks Sukan TLDM Lumut.

    TLDM mengesahkan 10 orang itu terdiri daripada masing-masing tujuh kru Helikopter Operasi Maritim (HOM) dan tiga kru Fennec.

    Mereka yang terkorban adalah seperti berikut:

    Pesawat Agusta WestlandHOM (M503 3) 4 orang kru dan 3 penumpang:

    1. Komander Muhammad Firdaus Ramli – Pegawai Memerintah Skuadron 503.

    2. Leftenan Komander Wan Rezaudeen Kamal Wan Zainal Abidin

    3. Leftenan Komander Mohammad Amirulfaris Mohamad Marzukhi

    4. Pegawai Waran II TLR Muhammad Faisol Tamadun.

    5. Pegawai Waran II TNL Noorfarahimi Mohd Saedy

    6. Bintara Muda TNL Noor Rahiza Anuar

    7. Laskar Kelas I JJM Joanna Felicia anak Rohna

    Pesawat Fennec (M502 6) 3 orang kru:

    1. Komander Muhamad Amir Mohamad – Pegawai Memerintah Skuadron 502.

    2. Leftenan Sivasutan a/l Thanjappan

    ALSO READ:  Nora Danish Mengimpikan Suami yang Mampu Membimbing ke Jalan Allah SWT

    3. Pegawai Waran II TMK Mohd Shahrizan Mohd Termizi.

    TLDM berkata, pengurusan jenazah semua mangsa yang terkorban akan dilaksanakan dalam masa terdekat mengikut tradisi pasukan itu.

    Terdahulu, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dalam sidang medianya memberitahu semua mangsa yang terbabit dalam nahas itu berusia 40 tahun ke bawah.

    Puteri Alia
    Puteri Alia
    Mencari ada apa di sebalik KISAH dunia & lokal.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts