Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment‘Sambutlah Tangan Allah SWT..Ya Allah, Ubatilah Hati Bella’ – Shuhada Shukri

    ‘Sambutlah Tangan Allah SWT..Ya Allah, Ubatilah Hati Bella’ – Shuhada Shukri

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Bekas isteri pelakon Hafidz Roshdi iaitu Shuhada Shukri mendoakan Allah SWT mengurniakan kebahagiaan buat Bella Astillah.

    ‘Allah hulurkan tangan, sambutlah tangan Allah’

    Menerusi hantaran di Instagram Story (IG Story), Shuhada atau nama penuhnya, Nurul Shuhada binti Mat Shukri akui dia sangat memahami situasi yang dilalui Bella.

    Malah Shuhada berpendapat, apa yang terjadi itu adalah petunjuk yang diberikan oleh Allah SWT supaya Bella ‘membuka mata’ dan keluar dari masalah tersebut.

    Allah Maha Baik, Allah baik sangat. Sebab Allah tahu kalau tak jadi sampai macam ni, awak akan stay sampai bila-bila. Memudaratkan diri sendiri sampai bila-bila. Jadi ini sebenarnya Allah hulurkan tangan, sambutlah tangan Allah.

    Keluarlah dari keluarga toksik macam tu. Allah akan kurniakan kebahagiaan yang lebih indah. Ya Allah, ubatilah hati mereka.

    Terdahulu, Dayang Ara Nabella atau lebih mesra dengan panggilan Bella mendakwa suaminya, Aliff Aziz pernah berlaku curang sebanyak 11 kali. Lebih mengejutkan apabila salah seorang wanita yang dicurangi Aliff didakwa adalah adik Bella iaitu Eriqa Astillah.

    Tidak terhenti di situ, Bella kemudian mendakwa sikap Aliff mula berubah selepas digandingkan dengan pelakon, Ruhainies dalam sebuah drama malah suaminya itu juga dikatakan jarang pulang ke rumah.

    Sekadar info, pada 9 Mac lalu, Aliff dan aktres Ruhainies ditangkap khalwat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) di sebuah kondominium di ibu negara.

    Kemudian pada 13 Mac lalu, Bella memfailkan cerai terhadap Aliff secara ekspres dan kes itu akan disebut semula esok di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.

    Untuk rekod, Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean, 7, dan Ara Adreanna, 4.

    ALSO READ:  Dedah Suami Jual Umpan Keli, Nadya Syahera Doa Fizul Nawi Mampu Lunaskan Segala Yang Tertunggak

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts