Samsung Malaysia Electronics (Samsung Malaysia) dengan kolaboratif bersama Universiti Malaysia kini dengan bangganya mengumumkan kembalinya edisi keenam ‘Samsung Solve for Tomorrow (SFT) 2024.
‘Start With Can’
Pertandingan yang bertemakan ‘Start with Can’ ini membuka peluang kepada golongan remaja untuk mengembangkan kemahiran menyelesaikan masalah dan menangani cabaran dalam komuniti mereka dengan kuasa Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).
Para pelajar Malaysia yang berusia 13 hingga 15 tahun berpeluang untuk melibatkan diri dalam pertandingan yang cukup bermanfaat ini. Para peserta berupaya mengenalpasti isu-isu tempatan yang serius dan mencipta penyelesaian inovatif dengan STEM untuk membawa perubahan positif. Malah berpeluang memenangi hadiah bernilai sehingga RM80,000 dalam bentuk teknologi dan bekalan untuk bilik darjah.
Inisiatif ini juga sejajar dengan visi negara untuk membina kumpulan bakat STEM yang mampan bagi memacu Malaysia ke arah matlamatnya menjadi negara berteknologi tinggi menjelang 2030.
Sementara itu, Dato’ Roh Jae Yeol iaitu Pengarah Hal Ehwal Korporat Samsung Malaysia percaya bahawa generasi Alfa yang celik dengan penggunakan teknologi ini mampu menerokai dan mempeloposi inovasi.
Ini sejajar dengan permintaan kerja masa depan dalam bidang-bidang seperti kecerdasan buatan, IoT dan teknologi canggih.
Di Samsung, kami percaya minda-minda muda boleh mengatasi cabaran-cabaran komuniti mereka melalui inovasi, dedikasi dan semangat. Samsung SFT adalah lebih daripada sekadar pertandingan; ia berperanan sebagai pemangkin, memperkasakan semua remaja Malaysia untuk merealisasikan keupayaan mereka dan mengubah idea mereka menjadi penyelesaian-penyelesaian nyata yang menyumbang kepada masa depan yang lebih baik.
Di samping itu, Pengarah Pusat STEM Universiti Malaya, Ir. Dr. Mas Sahidayana Mohktar mengalu-alukan penglibatan innovator remaja Malaysia untuk mengatasi halangan bahasa dan mempamerkan kreativiti mereka dalam pertandingan ini.
Kami mempunyai kepercayaan penuh bahawa minda muda ini boleh mengubah dunia. Sebagai pendidik, kami bertanggungjawab mempersiapkan mereka untuk mengemudi sempadan digital dan membawa perubahan positif
Inisiatif ini juga menandakan komitmen penting kami untuk memupuk pendidikan STEM peringkat awal, satu langkah kritikal dalam memupuk kumpulan bakat yang akan memacu pembangunan ekonomi negara kita.
Pertandingan Solve For Tomorrow
Pertandingan Samsung SFT 2024 memberi peluang kepada pelajar sekolah menengah di seluruh negara untuk mempamerkan idea inovatif mereka dengan menangani masalah dunia sebenar menggunakan prinsip-prinsip STEM dalam penulisan 800 perkataan.
Penyertaan-penyertaan akan dinilai oleh Samsung Malaysia dan Universiti Malaya berdasarkan pelbagai kriteria seperti perkaitan isu, kreativiti, kebolehlaksanaan, aplikasi STEM dan pembentangan penyelesaian yang inovatif.
10 pasukan teratas akan mara ke pusingan seterusnya, di mana mereka akan mempertingkatkan dan membentangkan idea mereka.
Penyertaan-penyertaan yang terpilih untuk pertandingan Samsung SFT 2024 akan diumumkan di laman web program pada Oktober 2024. Peserta-peserta yang terpilih akan mendapat manfaat daripada bimbingan dan panduan untuk memperhalusi idea mereka dan membangunkan prototaip di Bengkel Design to Win.
Pada Disember 2024, pemenang akan ditentukan melalui proses pitching yang kompetitif.
- Hadiah Pertama: Produk Samsung bernilai sehingga RM28,000[1].
- Hadiah Kedua: Produk Samsung bernilai sehingga RM24,000[2].
- Hadiah Ketiga: Produk Samsung bernilai sehingga RM19,000[3].
- Hadiah Keempat: Produk Samsung bernilai sehingga RM6,000[4].
- Hadiah Kelima: Produk Samsung bernilai sehingga RM3,000[5].
Pendaftaran untuk SFT kini dibuka sehingga 16 September.
Nantikan maklumat terkini dengan mengikuti Facebook, Instagram, Twitter dan TikTok rasmi Samsung Malaysia. Anda juga boleh menonton pembentangan yang berjaya daripada pemenang-pemenang tahun lepas di SFT – Pemenang-Pemenang | Samsung Malaysia.